Followers:

Jul 22, 2018

4 Sebab Electric Train Service (ETS) Jadi Pilihan Pengangkutan Awam di Malaysia


Pada bulan Ramadhan haritu, Ainy ke Arau, Perlis dengan tujuan 'jalan-jalan cari makan'. Ainy saja buat JJCM di bulan Ramadhan sebab itu je tarikh yang Ainy available. Masa ke sana, Ainy tak drive pun sebab baru lepas lalui perjalanan yang panjang; Kuala Lumpur - Melaka - Johor Bahru - Kuala Lumpur dalam tempoh 2 hari. Kira penat sangatlah masa tu. Jadi kawan Ainy cadangkan Ainy naik ETS atau dengan nama penuhnya Electric Train Service.

Electric Train Service (ETS) ni kalau anda nak tahu sebenarnya di bawah pengurusan Keretapi Tanah Melayu (KTM) juga cuma bezanya mereka tambahbaik jenis perkhidmatan keretapi ni kepada Electric Train Servive (ETS). Pertama kali tau Ainy naik ETS ni dan agak jakunlah jugak sebab tak biasa. Tak sangka Ainy rupanya ETS ni salah satu medium pengangkutan awam yang bagus untuk kegunaan orang ramai. Jadi hari ini Ainy nak kongsikan beberapa point penting tentang pendapat peribadi Ainy, kenapa ETS jadi pilihan pengangkutan awam untuk semua? So here we go.

1) Mengelak dari kesesakan jalan raya



Kalau diikutkan kepada tempoh perjalanan naik ETS dengan kenderaan darat, sama je sebenarnya. Ainy haritu ke Arau, Perlis ambil masa perjalanan dalam 6-7 jam dari KL Sentral dan tempoh perjalanan tu sama sekiranya anda naik kenderaan darat. Tapi yang membezakannya, anda boleh santai-santai dalam ETS. Tak perlu bersesak atas jalan raya dengan kereta-kereta yang lain.

Ini antara yang Ainy selalu fikirkan tiap kali nak kena travel dalam jarak yang jauh. Dah buang masa atas jalan satu hal, lepastu semua kerja-kerja lain Ainy tak dapat nak buat dalam tempoh 6-7 jam perjalanan tu. Sampai je destinasi, mesti bertimbun kerja nak kena buat dan paling pening sekali sebab nak kena reply all the messages yang pending. Fuhh! Kalau naik ETS ni, Ainy boleh siapkan kerja-kerja Ainy dalam perjalanan tu.

2) Fasiliti yang lengkap untuk kegunaan penumpang



Memandangkan ini pengalaman pertama Ainy naik ETS jadi Ainy sempatlah buat tour dalam keretapi tu. Banyak jugak sebenarnya fasiliti yang diperlukan pengguna dalam perjalanan yang jauh, antaranya;

Bilik air yang selesa dan luas.



Di setiap koc akan disediakan bilik air yang selesa dan luas macamni. Jadi tak perlu risau kalau anda nak lalui perjalanan yang jauh. Dah lah bersih dan selesa. Siap ada sinki kat tepi pintu masuk bilik air lagi. Lepastu ada pemegang kat sebelah bowl tandas tu bagi memudahkan orang kurang upaya untuk menggunakan bilik air.

Kemudahan surau di koc C



Ainy paling suka dengan surau dia sebab dalam surau tu ada sekali dengan tempat ambil wudhuk. MashaAllah sangat memudahkan kerja Ainy. Walaupun saiz surau ni boleh muatkan 2 orang saja dalam satu-satu masa tapi at least kemudahan ni ada pun Ainy dah kira bersyukur dah. Boleh gilir-gilir guna dengan penumpang yang lain.

Kemudahan kafe di koc C



Kebetulan Ainy pergi bulan Ramadhan dan jadual ETS Ainy lebih kurang 30 minit sebelum waktu berbuka. Jadi untuk berbuka puasa, Ainy beli je makanan di kafe yang disediakan di koc C. Sesuailah untuk perjalanan yang jauh. Kalau lapar, boleh beli makanan di kafe yang disediakan. Tapi kafe ni cuma ada di koc C saja tau. Jadi kalau anda nak makan, datang ke koc C. Meja dan kerusi pun disediakan.


Tempat letak barang di ruangan atas tempat duduk yang luas



Ini memang antara yang paling best sebab dapat letak barang-barang yang dibawa kat ruangan atas ni. Dah lah luas! Kalau semua barang nak letak kat tempat duduk kita, serius tak muat sebab kerusi tu memang disediakan untuk duduk saja. Jadi ruangan atas ni memang membantu untuk letak barang-barang kita supaya masih nampak dimata untuk dipantau. Jadi tak adalah kita risau barang-barang kita hilang dan lain-lain. InshaAllah selamat!

Kerusi yang selesa dan ruang tempat duduk yang luas



Dalam ETS ada 2 pilihan tempat duduk; 1 yang hanya ada kerusi sahaja dan kedua disediakan kerusi siap dengan meja sekali. On the way ke Arau, Perlis, Ainy pilih tempat duduk yang ada meja macamni sebab Ainy nak buat kerja. Tapi balik tu Ainy pilih yang biasa saja yang macamni (gambar kat bawah). Tapi dua-dua pun selesa dan sesuai untuk perjalanan yang jauh. Lepastu dapat turunkan tempat duduk ke belakang untuk lebih selesa sebab ruang antara tempat duduk kita dengan tempat duduk di depan dan belakang pun luas.


Tapi untuk buat pilihan tempat duduk ikut keperluan anda, Ainy prefer anda buat pembelian lebih awal. Bukan apa, Ainy risau tempat duduk yang anda nak tu dah penuh sebab tempat duduk yang ada meja tu limited sangat tau. Jadi baik beli awal sebelum kecewa di kemudian hari. Haha.

Disediakan plug di bawah tempat duduk



Ini juga dah jadi 1 kemudahan utama bila lalui perjalanan yang jauh. Kalau handphone tak ada bateri dan kebetulan ada emergency, boleh charge kat tempat duduk tanpa perlu berganjak dari tempat duduk. Sambil charge sambil boleh guna handphone lagi. Plug ni ada disediakan di semua kerusi tau jadi no worries, tak perlu gilir-gilir dengan penumpang di sebelah.

3) Dibuka kepada lebih banyak laluan



Kalau anda nak tahu, ETS ni bukan boleh naik untuk perjalanan ke Utara saja tau, tapi sekarang laluan dah pun dibuka untuk ke Selatan juga. Destinasi terakhir ke Selatan adalah Gemas. Dari Gemas untuk ke penghujung Selatan, anda boleh naik Keretapi Expres Selatan pulak.

Pada Ainy lah kan, ini juga salah satu inisiatif yang baik untuk menggalakkan lebih ramai orang menggunakan ETS. Secara tak langsung boleh reduce kadar penggunaan jalan raya jugak.

4) Harga yang mampu milik



Pada Ainy kalau nak dibandingkan dengan kos minyak, tol, tenaga dan masa yang diambil untuk memandu sebenarnya lebih tinggi dari harga tiket ETS ni sendiri. Macam Ainy ke Arau, Perlis sebelum ni, harga tiket pergi cuma RM80 lebih je. Jadi dapatlah jugak Ainy berjimat kat situ.

Okay Ainy harap perkongsian Ainy ni sedikit sebanyak 'membuka' mata anda semua tentang perkhidmatan ni. Dan jangan risau sebab ETS ni bukan seperti keretapi biasa yang lain sebab banyak improvement yang dah dibuat untuk keselesaan penumpang. Lagi-lagi untuk tempoh perjalanan yang jauh. Untuk jadual ETS dan lain-lain info berkenaan ETS, anda boleh contact diorang di bawah okay;

ELECTRIC TRAIN SERVICE (ETS)

20 comments:

  1. Byk komen yg bagus aida baca tentang ets ke utara. Best. Selesa. Lom sempat naik lagi, ainyy. Teringin nak bwk anak-anak jalan2 jauh naik keretapi. Diorang xde experience lagi.

    ReplyDelete
  2. Pernah naik ktm je. Maybe sebab tak selalu naik, so tak lah rasa terbeban sangat tunggu waktu train sampai lama. Tengok train yang Ainy naik ni cantik betul. Nak try jugak naik ets ke arau nanti. Saje2 nak mencuba bawak anak

    ReplyDelete
  3. tak tau plak boleh charge kat dalam ETS ek, naik je pandai lepas tuh tidur je sampai ke destinasi. so next time kena cari tpt plug ni ek

    ReplyDelete
  4. TB memang menggunakan ETS ni kalau balik kampung.. Allah.. Memang puas hati dan memang suka sangat setiap kali balik kampung dengan ETS ni.. selesa dna tak perlu redah jammed bagai.. haha.. itu palign penting sebenarnya.. i hate jammed! haha

    ReplyDelete
  5. wow. great facility. Havent tried travelling by ETS before. heard so many good reviews about the facility and also the travel time. Thanks for the info!

    ReplyDelete
  6. Nice info! Tak pernah travel naik ETS lg. Nanti nak try la :)

    ReplyDelete
  7. Bestnya naik ets. Syira tak penah lg naik ets. Selalu naik ktm ja

    ReplyDelete
  8. Dah Lama tak naik ets .Dulu masa Kerja kat Ipoh kerap naik ets pergi KL . Selesa dan harga pun berbaloi . Rindu nak naik ets lagi .

    ReplyDelete
  9. Dah lama sangat tak naik ETS. Lepas ni boleh consider untuk guna ETS balik sebab tak payah penat2 drive! Hihi

    ReplyDelete
  10. Rawlins pun tak try lagi menggunakan ETS untuk travel especially nak lawat keluarga angkat di Penang. Time Raya, memang berjam-jam atas jalan - dengan R&R sesak lagi - memang Rawlins selalu hangin kalau travel haha. Nampak gaya next time Rawlins akan naik ETS la senang

    ReplyDelete
  11. Dh lama teringin nak naik ets ni..tapi blom ada kesempatan lagi. Insaallah satu hari kena rasa jugak naik ETS ni..sekurng kurang ni sekali seumur hidup.

    ReplyDelete
  12. Wah..saya xpernah lagi naik ets..bila tgk review ainy ni teringin pulak nak naik...nanti la anak besar skit boleh ajak husband jln2 naik ets kan

    ReplyDelete
  13. penah try sekali je naik ets ni... tp mmg puas hati gila... rasa tenang je,,,, hehehe... facility dia pon semuanya ok.. tandas besar bersih.... kalau ada peluang lagi, rasa nak tidur 4 hari 3 malam je dlam ets ni.. hehehe

    ReplyDelete
  14. Very valid reasons, I've not take the ETS before but I should really give it a try. Looks clean and comfy.

    ReplyDelete
  15. Dah lama sangat maznee tak naik ets, sebab tak ada urusan ke sana. Dulu naik dari kl sentral ke sana dari pejabat untuk outstation

    ReplyDelete
  16. Teringin juga nak naik ets pergi ke klia. Tapi setakat ni belum berkesempatan lagi

    ReplyDelete
  17. tak pernah naik ets tetapi ramai yang bagi feedback betapa best ets ni - selesa dan pantas kiranya berbaloi dengan harga tiket. ingat nak cubalah seklai naik ets ni..jalan2 dengan ahli keluarga lain

    ReplyDelete
  18. ETS ni memang jadi salah satu pengangkutan laju utk ke utara masa zaman belajar dulu. Selesa dan kalau bawa keluarga pun mereka tak bising la sakit pinggang ke apa ke. Sebab mereka pi Cafe la. Makan dopulahpatjam. Hahahaha

    ReplyDelete
  19. Dulu zaman study suka juga balik Penang dengan ETS. Suka sebab memang tak jem dan tepati masa, lagi satu sebab makanan di kafe dia sedap.

    ReplyDelete
  20. ETS memang bagus dan sangat berguna buat rakyat Malaysia untuk bergerak ke mana mana. Harga yang ditawarkan pun berpatutan sangat berbaloi untuk figunkan perkhidmatan mereka

    ReplyDelete