Followers:

Jul 7, 2018

3 Tips Sederhana Buat Wanita untuk Tingkatkan Keyakinan Diri


Untuk perempuan berpurdah seperti Ainy ni, Ainy lebih memilih untuk sederhana dalam semua perkara. Apatah lagi bila ada hari-hari yang memerlukan Ainy untuk berhadapan dengan orang ramai macam pergi meeting ke event ke dan juga bila travel.

Tips yang Ainy nak kongsikan ini bukanlah khusus kepada wanita berpurdah sahaja tapi kepada semua wanita juga. Malah tips yang Ainy nak kongsikan ini bukan berkenaan dengan cara-cara untuk bercakap dengan orang, macamana nak buang rasa malu etc. Bukan ya! Pada Ainy untuk tingkatkan keyakinan diri bukan saja dari dalaman kita tapi juga dari appearance kita sendiri. Contoh macam apa yang kita pakai, gayakan itu juga jadi faktor utama untuk kita sendiri merasa yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.


Jadi hari ini Ainy nak kongsikan 3 tips sederhana yang Ainy biasa buat checklist sebelum Ainy keluar berhadapan dengan orang. Kadang kita bukan nak nampak cantik pun depan orang tapi cukuplah nampak kemas dan yang penting kita rasa yakin dengan diri sendiri. Barulah client atau sesiapa saja yang berjumpa dengan kita rasa selesa.

1. Pilih Pakaian yang Selesa



Pada Ainy pemilihan pakaian yang selesa itu penting untuk kita rasa yakin dengan diri sendiri. Jadi Ainy sangat mengambil berat pasal pemilihan pakaian ni. Ainy sukakan sesuatu yang simple dan tak sarat. Jadi Ainy akan make sure pakaian Ainy tu ber'fashion' tapi masih dalam penggayaan yang sederhana.

Satu lagi, sebenarnya kita tak perlukan baju yang banyakatau baru pun dalam koleksi almari untuk tingkatkan keyakinan diri. Diri kita sendiri kena kreatif dalam mix and match koleksi pakaian yang sedia ada. Barulah tak ada istilah membazir kan.

Pakailah apa sahaja yang buat anda rasa selesa. Tak bermakna selesa dalam pemahaman Ainy, selesa jugak untuk anda. Jadi pakailah apa sahaja yang buat anda rasa selesa dan anda sendiri rasa cantik. Sebab apa yang kita pakai tu actually bukan untuk orang cakap kita cantik, cukuplah kita sendiri rasa kita berada dalam keadaan ready untuk berjumpa dengan orang. Itu juga jadi 1 faktor utama untuk tingkatkan keyakinan diri sendiri.

2. Pastikan Badan Sentiasa Segar



Bau badan juga jadi 1 benda wajib untuk dititikberatkan dan Ainy akan make sure Ainy keluar rumah dalam keadaan badan sentiasa segar. Haa jadi sentiasalah pastikan anda tak lupa untuk pakai deodorant. Ini penting tau sebab bau badan boleh membuatkan kita sendiri rasa malu nak berhadapan dengan orang.

Terdapat banyak jenis deodorant dijual di pasaran. Ada yang roll-on, ada yang spray. Tak kisah yang mana pun pilihan anda, janji ianya serasi dengan diri anda okay.

3. Pilih Kosmestik yang Tak Sarat



Walaupun Ainy tak suka makeup tapi Ainy sangat setuju dengan makeup juga boleh bantu buat kita rasa yakin. Actually kita bukan memerlukan make up yang tebal pun. Cukuplah sekadar bagi muka kita berseri bila berjumpa dengan orang kan dan Ainy memilih set make up dari DYXY cosmetics untuk kegunaan harian Ainy. Haa kalau sebut DYXY ni Ainy yakin ramai yang tahu kan berkenaan produk ni. Ainy juga tak terkecuali jadi salah seorang pengguna diorang.

Antara produk dia yang Ainy guna sekarang adalah BC Cream, Brush dan juga Mineral Face Mist. Ketiga-tiga ni Ainy gelarkan sebagai express makeup kit sebab memang expres sangat cara nak guna. Tak perlu pun Ainy berlama-lama kat depan cermin.

1) Mineral Face Mist


Face Mist ni Ainy suka sebab bantu bagi kulit Ainy lembap sentiasa. BC cream yang Ainy pakai pun akan jadi lebih tahan lama. Tak bercapuklah kiranya. Jadi bila seharian dekat luar jumpa orang pun, kulit muka masih rasa segar.

Harga: RM60.00

2) BC Cream


Untuk BC Cream, Ainy pilih yang kod 'beige' sebab warna kulit Ainy bukannya cerah sangat. Lepastu yang best Ainy tak perlu nak pakai tebal-tebal. Selapis pun dah bantu bagi effect 'glowing' pada muka.

Harga: RM85.00

3) Brush


Yang ni pulak fungsinya untuk sapu ratakan BC cream yang kita sapu kat muka tu. Lembut je brush dia tau. Sekali sapu pun dah memang rata dan bestlah guna. Kalau anda dah guna banyak-banyak kali, bolehlah cuci bersih brush tu. Jaga kebersihan brush supaya apa yang disapu kat muka tu bersih dan tak menyebabkan muka berjerawat.

Harga: 40.00


Masa Ainy beli ni tak silap Ainy ada promotion. Tapi tak ingat dah berapa. Haa jadi Ainy sertakan harga kat atas tu untuk harga kalau beli satu-satu tau. Harap membantu ya.


1 comment:

  1. nice sharing. bab segar dan selesa tu betul.. kadang2 too sweaty pun haih rimasnya. tapi dok kat Malaysia kan hari2 summer kenala pandai pilih jenis kain juga =D

    ReplyDelete