Followers:

May 18, 2018

Mood Republik Bakal Menggegarkan Malaysia dengan Back to Back Raya Galore Festival 2018

Ini gambar di Press Conference sempena Back to Back Raya Galore Festival 2018.

Siapa yang tak kenal dengan Mood Republik kan? Mood Republik merupakan salah satu event yang mengumpulkan usahawan yang kecil dan besar di bawah satu bumbung melalui penjualan booth. Mood Republik yang berdaftar di bawah syarikat Mood Great Ideas Sdn Bhd ni bukan lagi satu nama yang asing malah dah terkenal dan menjadi bualan ramai seluruh Malaysia dengan kejayaan diorang dalam mengadakan Mood Republik di serata negeri di Malaysia. Ramai sangat orang yang datang berpusu-pusu semata untuk ke Mood Republik dan shopping di booth yang disediakan.

Ainy pernah juga dengar khabar yang pengunjung Mood Republik sendiri datang seawal wakgtu Subuh hanya untuk bersiap sedia beratur masuk ke event diorang. Nampak kat situ penangan Mood Republik ni bukan lagi biasa-biasa tau malah luar biasa hebat dari event-event lain di luar sana.

Tayangan video semasa press conference baru-baru ni.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, Mood Republik inshaaAllah bakal mengulangi kejayaan diorang dalam mengadakan temasya terbesar iaitu Back to Back Raya Galore Festival 2018. Kenapa digelarkan sebagai back to back sebab untuk tahun ini sekali lagi Mood Republik akan menjelajah keempat negeri, antaranya;

Kelantan: 18-19 Mei (iaitu hari ini)
Kedah: 1-2 Jun
Pahang: 2-3 Jun
Kuala Lumpur: 8-10 Jun

Ini antara festival yang ditunggu-tunggu ramai sebab selain dapat berjumpa dengan himpunan artis kesayangan anda, anda juga boleh membeli belah keperluan raya di Mood Republik.

Kenapa anda Perlu Pergi ke Back to Back Raya Galore Festival 2018?


Ainy dan kawan-kawan berpeluang menemuramah CEO dan COO Mood Republik.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Mood Republik sentiasa membawakan sesuatu yang baru dan penambahbaikan dalam tiap event mereka dan untuk kali ini, Mood Republik juga tidak terkecuali dalam usaha memberi servis yang terbaik untuk anda, antaranya;

1) Jenama-jenama besar turut serta di festival.


Mood Republik bawakan jenama-jenama besar untuk turut serta dalam Back to Back Raya Galore Festival 2018 kali ni antaranya Ice Watch, Timberland, Elianto, Vida Beauty, D'herbs, Rico Rinaldi, Ezuwan Ismail, Melinda Looi, Mimpi Kita, Super Coffee, Jubah Souq, Sugarscraft, Losravelda, Shawl Publika, Jannah Noe, Starvillion, Tudung Ruffle, Naelofar Hijab, Lily Petuna, Zawara, Bokkita Hijab, Alfio Raldo, Dyxy Cosmetic dan banyak lagi. Jadi hanya di bawah satu bumbung, anda boleh dapat shopping pelbagai jenis pakaian dan barang dari jenama-jenama besar ni. Tak perlu lagi dah nak pergi satu-satu kedai diorang lagi. Mood Republik dah sediakan mereka semua untuk anda.

2) Artis kesayangan ramai juga turut serta memeriahkan festival.


Selain tu, artis terkenal kesayangan semua yang mempunyai jenama mereka sendiri juga turut serta okay antaranya; MRP by Fattah Amin, Trudolly by Fazura, Nur Sajat RTW, Ziana Zain World, RCW by Rozita Che Wan, Zapatos by Zain Saidin, Sephia by Janna Nick, MF Shawl by Mira Filzah, Wak Doyok dan banyak lagi. Selain dapat shopping, anda juga dapat peluang bergambar dengan artis kesayangan anda di sini.

3) Dibawakan khas artis dari seberang untuk anda.


Untuk tahun ini, buat pertama kalinya Mood Republik menjemput artis dari seberang iaitu Rossa dengan produk barunya Rossa Perfume dan Randy Pangalila Secret Prefume by Bellesa. Wahhh sesiapa yang pergi tu selain dapat shopping dapatlah bergambar dengan artis dari seberang ni. Bukan senang tau nak jumpa.

4) Pelbagai jenis barang keperluan diri dan servis di bawah satu bumbung.


Di Mood Republik anda bukan saja boleh shopping baju raya, tapi juga boleh shopping barang kecantikan, malah yang terbaru Mood Republik juga ada buka peluang kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan untuk menyertai Mood Republik. Ini juga salah satu usaha Mood Republik untuk mempelbagaikan produk di bawah Mood Republik itu sendiri. Haaa selain dapat beli baju, dapat juga mendapatkan servis seperti pakej umrah, pendidikan dan lain-lain di Mood Republik,

5) Terdapat lebih 900 peniaga online seluruh Malaysia di Mood Republik.


Selain nama-nama besar tadi, Mood Republik juga kumpulkan lebih 900 peniaga online untuk anda di Mood Republik. Tak perlu risau sebab semuanya terhidang di depan mata anda di Mood Republik. Pendek kata; Mood Republik serba-serbi ada. 

6) Berpeluang memenangi hadiah kereta dan wang tunai.


InshaaAllah sekiranya ada rezeki, anda juga berpeluang memiliki sebuah Volkwagen Bettle Sports yang bernilai RM230,000 dan wang tunai sebanyak RM10,000 apabila anda shopping di Mood Republik dengan satu resit serendah RM97 sepanjang Mood Republik Tour Sarawak sehinggalah Y.E.S Festival 2018 ni. Dan secara tak langsung melayakkan anda untuk bersama Mood Republik dalam "Shop & Win Contest 2018". Menarik kan? Manalah tahu ada rezeki anda nanti kan.

7) Shopping sambil menyumbang kepada yang memerlukan.


Apa yang menariknya, setiap pembelian anda di Mood Republik bukan saja masuk kepada usahawan atau vendor yang menjual tapi juga akan disumbangkan beberapa bahagian darinya kepada yang memerlukan melalui Mood Republik Charity. Selain shopping untuk mencukupkan keperluan diri, dapat juga bantu mereka yang memerlukan. InshaAllah.

Gambar Ainy di press conference diorang baru-baru ni.

Menarik kan? Haaa bagi yang merancang untuk shopping keperluan raya, Ainy cadangkan ke Mood Republik. Bagi yang berada di Kelantan masih ada masa sebab Mood Republik di Kelantan sedang berlansung hari ini sehingga esok. Jangan lepaskan peluang ni untuk dapatkan pelbagai jenis keperluan raya di Mood Republik okay. Macam-macam ada! Haha. Untuk info berkenaan festival, anda boleh layari media sosial mereka okay;

MOOD REPUBLIK

No comments:

Post a Comment