Followers:

May 31, 2018

Komik Tempatan Lawak Kampus dan Animasi Boboiboy Bergabung Terbitkan Satu Komik Edisi Istimewa


Baru-baru ni Ainy menyertai satu majlis pra-pelancaran anjuran penerbit komik tempatan Lawak Kampus dan pemaju kandungan animasi Boboiboy yang bakal melancarkan satu komik edisi istimewa 'Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy: Superior' di Atria Gallery. Ramai sangat orang yang datang semasa pra-pelancaran tu dan majoritinya adalah peminat tegar Lawak Kampus dan Boboiboy. Meriah sangat! Dah lah semasa pelancaran tu semua orang dapat bergambar dan minta tandatangan dari artis komik tu sendiri. Haa yang sejenis fanatik memang berpusu-pusulah datang untuk tak lepaskan peluang.



Bila sebut Lawak Kampus ni Ainy teringat pula yang kawan Ainy dulu antara salah seorang peminat komik tempatan ni juga. Boleh dikatakan hampir kesemua edisi komik Lawak Kampus yang dia ada. Dan kali ni Lawak Kampus dan animasi kegemaran ramai iaitu Boboiboy nak keluarkan satu komik edisi istimewa gabungan bersama. Dengan gabungan bersama ni, dapat memaparkan kreativiti pada kedua-dua penerbit. Dah lah keduanya punya peminat tersendiri dalam kalangan anak-anak dan dewasa. Confirm meletop nantilah komik diorang ni!

Sinopsis Komik Edisi Istimewa 'Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy: Superior'



Jadi untuk peminat kedua-dua komik dan animasi ni, Ainy nak kongsikanlah sedikit sinopsis komik edisi istimewa yang bakal dilancarkan ni;

"Apa akan terjadi bila team 'Lawak Kampus' bertemu 'Boboiboy Galaxy'?

Perlawanan bola sepak persahabatan yang berlangsung antara pelajar SMK Lawak Kampus dan SMK Pulau Rintis menjadi huru-hara apabila kapal angkasa Adu Du mendarat di padang sekolah. Adu Du telah menjumpai Sfera Kuasa berbahaya yang boleh mengancam keselamatan, namun tiba-tiba ia melancarkan kuasanya!

Sedang semua orang sibuk selamatkan diri, Cikgu Noodle dan Ciciko tertangkap menyebabkan mereka lenyap sekelip mata. Alamak! Apa yang Vanness, Boboiboy, Froggy dan rakan-rakan harus lakukan? Adakah Cikgu Noodle dan Ciciko terperangkap dalam dimensi misteri dibawa oleh Sfera Kuasa?"

Baca sinopsis pun dah buatkan Ainy sendiri tak sabar nak tahu ending cerita dalam komik edisi istimewa ni. Ainy juga yakin peminat kedua-dua penerbit ni pun turut sama tak sabar kan? InshaAllah komik edisi istimewa 'Lawak Kampus X Boboiboy Galaxy: Superior' akan dijual secara eksklusif di kedai buku Popular mulai 31 Ogos 2018 nanti. Tak sampai 3 bulan saja lagi tau. Harga untuk senaskah buku pun cuma RM25 sahaja dan dikeluarkan dalam bahasa Melayu. Haa suka tak? Sabar ya nanti 31 Ogos jangan lupa pergi serbu kedai buku Popular okay.


Pada Ainy, gabungan bersama ni bagus untuk menarik lebih ramai anak-anak untuk membaca. Kalau sebelum ni yang membaca komik Lawak Kampus hanyalah peminat Lawak Kampus itu sendiri. Tapi kali ni peminat animasi Boboiboy yang selama ni tengok diorang kat kaca TV pun akan mula beralih untuk membaca komik edisi istimewa ni. Jadi dari situ secara tak langsung perlahan-lahan memupuk sikap sukakan membaca dalam kalangan anak-anak.

Untuk info lanjut berkenaan pengeluaran komik edisi istimewa ni dan lain-lain info, boleh emel atau telefon diorang di maklumat di bawah;

Wai Ing: waiing@gempakstarz.com, 03-9056 1637 (ext 222)
Ginie Chong: giniechong@gempakstarz.com, 03-9056 1637 (ext 218)

19 comments:

  1. lawak kampus dulu suka baca.. skrnag makin berusia macam tak leh go sngt. tapi kartun kite tengok je ehehe kite suka =D

    ReplyDelete
  2. I have not heard of kampus before but this collaboration sure looks like it's gonna be epic! I am excited to see its outcome and am a converted fan.

    ReplyDelete
  3. event ni syok nya... dapat nampak character animasi alive.. hahahah~~~ let's support gempakstarz.. hehehehe

    ReplyDelete
  4. eh glamer tuh boboboi kan, wah bertemu plak dengan lawak kampus so memang awesome la kan

    ReplyDelete
  5. Kat rumah ada jugak komik lawak kampus tapi kalau Boboboi ni memang favorite anak2 sampai maknya pun terjebak

    ReplyDelete
  6. dah lama tak baca lawak kampus. Dulu memang favorite la setiap bulan mesti beli... Memang kelakar dan lukisan dia pun comel

    ReplyDelete
  7. Akak membesar dengan komik Ujang, Gila-gila,gelihati..banyak lagi la..lepas tu dh x update dh bb komik ni semua..tp anak akak suka baca komik..mmg galakkan anak2 membaca..

    ReplyDelete
  8. Sama macam SA. Memang baca komik Ujang dengan Din Beramboi tu dan Gila2. Lawak Kampus ni komik zaman la ni. Anak sedara baca komik lawak kampus.

    ReplyDelete
  9. Tak sabar nak tunggu gabungan ni.dahla dua animasi ni fav anak2 sekarang :-) terutama lawak kampus tu.. org tua pun blh melayan

    ReplyDelete
  10. Bakal muncul kembali zaman kegemilangan komik-komik komedi macam ni hehehe best lah boleh seronok baca lepas sambil gelak seorang-seorang macam orang gila...

    ReplyDelete
  11. Tak tahulah pulak kalau anak sis ada baca ke tidak komik ni, sebab tak pernah lak dia mintak beli komik-komik camgini. Macam best je kan komik cam gini..ala2 ujang n gila2 zaman sis dulu..kalau beli entah2 sis pulak yg baca nanti..hehehe

    ReplyDelete
  12. Oh wow gemapk nyer event ni, I pun suka Boboiboy sometime i watch their comics but not also.

    ReplyDelete
  13. Mcm manalah agaknya kombinasi dua ini ya nanti. Tak sabar nk tunggu hari pelancarannya. Sbg seorg yg gemar membaca komik, ini haruslh mnjadi simpanan dlm koleksi

    ReplyDelete
  14. Lawak kampus memang kita suka dari dulu . Suka watak komik katak hijau tu . Tak pernah bosan membaca. Tak sabar nak dapatkan naskah terbaru .

    ReplyDelete
  15. dulu selalu beli komik lawak kampus ni. lepas tu baca x sampai sejam dah habis. memang minat betul sampai skang.

    ReplyDelete
  16. harapnya dapatlah mengubah kembali leisure tima anak-anak sekrang ni daripada leka bergajet, tonton video bagai, kepada hobi membaca komik. Walaupun komik, at least BUDAYA membaca tu kita dapat pupuk.

    ReplyDelete
  17. wah boboboi kembali lagi... kalau upin dan ipin indonesian claimed tu kartun depa, hopefully depa tak claim la boboiboy ni dorang punya animasi... anak anak i diaorang kurang berminat sikit dengan boboiboi, dorang masih mood baby shark dooo doo

    ReplyDelete
  18. Lawak Kampus dan Boboiboy dua-dua best. Bila bergabung dalam satu komek, medti lagi gempak. Terbaiklah! Berita baik ni untuk semua yang minat gila dengan komik

    ReplyDelete
  19. I think I will start buying those comics... Sound so interesting to read since everyone said good here. Oh my... Waste no time... Later I go check this out

    ReplyDelete