Followers:

May 31, 2018

Haze Moisturizer antara Produk 3 Dalam 1 yang Sesuai buat Para Traveller


Bila travel ni, kita memang tak boleh lari dari terkena sunburn kan. Dah lah susah nak hilang pulak tu bila dah sunburn. Sebelum ni pun kulit muka dan tangan Ainy sunburn teruk disebabkan back-to-back trip dan travel. Terpaksalah bertabah keluar rumah pergi meeting dalam keadaan kulit yang sunburn.

Sehinggalah satu hari ni, Ainy dikenalkan dengan satu produk pelembap dari seorang kawan. Katanya pelembap ni ada 3 fungsi dalam 1 produk yang bagus untuk kulit muka. Alhamdulillah sehingga hari ini dah nak masuk sebulan Ainy pakai Haze Moisturizer ni.

Kenapa Digelar Sebagai Produk 3 Dalam 1?


Haze Moisturizer ni Ainy dan kawan gelarkan ia produk 3 dalam 1 sebab dalam satu botol tu, ada tiga fungsi yang sangat bagus untuk penjagaan kulit muka, antaranya;

1) Melembap



Bila sebut moisturizer, jadi dari situ kita dah tahu dah yang ianya adalah produk melembapkan kulit muka. Dan kita pun sedia maklum penggunaan pelembap ni bagus untuk bantu kulit kita sentiasa lembap dan tak kusam. Bayangkanlah kita dah berjalan atau travel seharian kat luar yang terdedah dengan matahari, jadi pelembap ni bantu lindung kulit kita dari kusam dan kering akibat panas terik tu.

Kadang kalau cuaca yang tak menentu pun macam kejap hujan, kejap panas, kejap sejuk pun boleh buatkan kulit muka kita kering juga tau. Jadi pada Ainy penggunaan pelembap setiap hari sangat penting untuk para traveller bila tiap kali travel. Tak kiralah travel di negara musim sejuk ke, musim panas ke - penggunaan pelembap ni penting nak bagi kulit sentiasa lembap. Jadi tak adalah lagi isu kulit kering, menggelupas dan lain-lain masalah bila travel. Kulit pun nampak sihat sentiasa.

2) Mencerah



Selain itu, Ainy suka dengan Haze Moisturizer ni sebab ianya bantu mencerahkan kulit. Bukan memutihkan tau tapi mencerahkan. Maksudnya kat sini, kalau kulit muka anda terdedah dengan matahari dan sunburn teruk bila balik dari travel - boleh cuba Haze Moisturizer ni untuk menecerahkan semula kulit muka yang sunburn tu.

Alhamdulillah ianya berkesan untuk Ainy (happy!). Walaupun belum hilang 100% sebab Ainy pun baru saja pakai tak sampai sebulan tapi Ainy nampaklah perubahan sebelum dan selepas pakai. Nampaklah cerah sikit dan berkurang line sunburn tu.

3) Melindungi dari cahaya matahari



Yang ini antara salah satu fungsi dalam Haze Moisturizer yang Ainy paling suka sebab Ainy selalu mengelat dari pakai sunscreen atau sunblock. Bukan apa, banyak sunscreen atau sunblock yang dijual mempunyai tekstur yang melekit. Tak selesa sangat tau! Lagi-lagi Ainy ni jenis kalau travel tu memang sehari suntuklah berjalan jadi bila kulit muka melekit buatkan Ainy rasa tak selesa.

Tapi semenjak Ainy pakai Haze Moisturizer ni, Ainy cuma sapu sikit je kat seluruh muka lepastu pakai bedak compact atau johnson baby. Tak perlu nak bersiap lama-lama. Dah lah Haze Moisturizer ni cepat je menyerap kat kulit muka tau. Tak rasa berminyak atau melekit langsung. Bestlaaa.


Ainy sendiri tiap kali travel, kadang nak senang dan simple je tapi dalam masa yang sama tetap juga nak menjaga diri. Jadi for me, Haze Moisturizer ni sebenarnya banyak kelebihannya untuk yang jenis kaki travel kat luar sana. Selain dapat bantu menjaga kulit muka kita, dapat juga jimatkan ruang dalam luggage.

Kalau tak, dah kena bawak satu produk melembap, satu produk mencerah dan satu sunscreen atau sunblock. Tapi dengan Haze Moisturizer ni, anda cuma perlu bawa satu botol bersaiz 50gm ni saja dah macam bawak tiga kelebihan pada tiga jenis produk yang berbeza. Dapatlah jimatkan ruang dalam luggage dengan benda-benda lain. Dah lah bila travel nak kena standby bawak toiletries lagi dan lain-lain keperluan penting.

Jadi Ainy sangatlah sarankan Haze Moisturizer ni untuk para traveller. Setakat ni Haze Moisturizer ni serasi dengan kulit muka Ainy. Manalah tahu serasi dengan anda juga kan. Haa untuk info lanjut berkenaan produk Haze Moisturizer ni, anda boleh contact diorang di maklumat di bawah;

HAZE MOISTURIZER

11 comments:

  1. sunburn paling seksa nak hilang.. kadang berbulan2 baru okay. elokla ada product macam ni =)

    ReplyDelete
  2. bagus la 3 in 1.
    pelembab penting. skang ni cuaca tak menentu.
    then if ada pencerah and pelindung tu, terbaik lah.
    mcm kulit aida ni, pantang terdedah matahari, blackout!!!

    ReplyDelete
  3. Sakitnya kulit bila nak sembuh daripada sunburn. Perit2 jadinya. Muka pun nanti nampak berbelak belak kalau pakai bedak. Ingatkan Haze ni untuk elakkan kulit dari jerebu. Sebelum sunburn baiklah kita elakkan dengan memakai produk yang bagus.

    ReplyDelete
  4. Sekarang kat mana-mana pun boleh bergaya dan nampak cantik menjaga tubuh hehehe. Orang perempuan lah yang untung orang laki ni tak ada pun produk macam ni hehehehe..

    ReplyDelete
  5. interesting product.. i afraid of sunburn the most and selalu kena bila balik kampung (penang) sebab mmg akan lepak kat beach tu... this time bolehlah cuba yg ini..

    ReplyDelete
  6. Wow ! Inilah yg org kata, saiz itu tidak penting. Ternyata Haze mosturizer sangat banyak kegunaan dan faedahnya. Memadai bawak dia saja tak perlu bawa pelembap, sunscreen dan sebagaianya. Hebat !

    ReplyDelete
  7. Suka dengan produk wajah yang senang macam ni. Tak susah nak pakai pelembab lagi, sunscreen lagi. Sekali pakai dah lengkap tinggal nak sambung makeup je. Harga macam mana ni sis?

    ReplyDelete
  8. Ehh suka lah produk cam gini. Sis suka travel..memang sesuai lah kat sis.. baru ni gi mandi laut..n berjemur..habis muka mengelupas n sunburn, kalau ada produk camgini sure tak jadi gitu..nak trylah nanti

    ReplyDelete
  9. Memang sesuai untuk traveller sebab produk yang multi purpose ini memudahkan dan mengurangkan bebanan. Nak try gak la - Rawlins suka packaging dan writing dia - super cute.

    ReplyDelete
  10. Wah... Packagingnya memang mesra traveller. Sesuai sangat untuk bawa bercuti lagi-lagi ke destinasi yang beriklim panas. Apapun, yang penting pada saya mestilah selamat, berkesan dan semestinya sesuai pada kulit. Hihi.

    ReplyDelete
  11. Have not try the product yet. 3 in 1 products seem worth to try as you no need buy 3 different products.

    ReplyDelete