Followers:

May 31, 2018

Buffet Ramadhan 2018: Hotel Hilton, Petaling Jaya


Memandangkan baru lepas berbuka kan, sajalah nak kongsi salah satu buffet Ramadhan di Hotel Hilton, Petaling Jaya yang Ainy pernah pergi sebelum ni. Sesiapa yang selalu lalu federal highway tu, mesti perasan bangunan hotel ni kat tepi jalan kan?

Untuk buffet Ramadhan di Hotel Hilton, Petaling Jaya, diorang mengetengahkan konsep ala kampung dan tradisional. Di mana untuk setiap menu tradisional ni dihidangkan dengan pelbagai jenis menu daripada negeri-negeri yang berbeza di Malaysia. Ha maksudnya kat sini, diorang ada menyediakan menu dari belah pantai timur, utara dan lain-lain. Jumlah kesemua menu ni terdapat lebih 150 jenis tau. Ha menarik tak?

Pelbagai Jenis Menu yang Disediakan


Walaupun konsep ala kampung, Hotel Hilton, Petaling Jaya juga tak lupa untuk sediakan masakan India dan Cina untuk mempelbagaikan jenis hidangan.

1) Indian Cuisine


Seperti biasa bila sebut masakan India, memang tak boleh lari dari menu kari kan. Buffet Ramadhan di Hotel Hilton, Petaling Jaya ni pun ada sediakan pelbagai jenis kari dengan cara masak yang berbeza. Dapatlah rasa kari asli kat sini.



2) Chinese Cuisine


Selain tu, terdapat juga beberapa jenis masakan Cina di Hotel Hilton, Petaling Jaya. Sempatlah juga Ainy cuba beberapa menu masakan Cina ni. Sedap rupanya!


3) Malay Cuisine


Okay yang last sekali, Ainy nak kongsikan menu masakan Melayu pulak. Ini lah antara menu utama yang ditunggu-tunggu tiap kali Ainy pergi buffet Ramadhan. Sebab excited nak tahu apa menu masakan Melayu yang best yang dihidangkan. Okay di bawah ni adalah antara beberapa menu buffet Ramadhan di Hotel Hilton, Petaling Jaya yang sempat Ainy cuba.












Harga Buffet Ramadhan 2018 di Hotel Hilton, Petaling Jaya


Banyak kan menu best kat sini? Haaa untuk anda yang merancang nak berbuka bersama keluarga, kawan-kawan atau rakan sekerja, boleh cuba berbuka puasa di Hotel Hilton, Petaling Jaya ni. Harga pun below RM200 je tau.

18 Mei ke atas
RM189 / dewasa
RM99 / kanak-kanak

11 Jun - 14 Jun (3 hari terakhir Ramadhan)
RM169 / dewasa
RM89 / kanak-kanak

Untuk pertanyaan lanjut berkenaan tempahan, boleh hubungi diorang terus di;

HOTEL HILTON, PETALING JAYA
Telefon: 03-7955 9122
Website: www.zestPJ.com

No comments:

Post a Comment