Followers:

May 4, 2018

Aspiro Tawar Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia


Baru-baru ni Ainy menyertai pelancaran "Aspiro Global Business Services Centre" dan apa yang menariknya tentang Aspiro ni rupanya diorang adalah Pusat Perkhidmatan Perniagaan Global Pertama di Malaysia. Aspiro yang berstatus MSC ini memilih Malaysia untuk dijadikan sebagai headquaters menawarkan khidmat terbaik dalam pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, akaun dan kewangan kepada lebih 80,000 pengguna yang mempunyai perniagaan di Indonesia dan China.

Bila melibatkan syarikat, perkara yang Ainy paling tak suka sekali bila melibatkan sumber manusia dan akaun. Nak kena key-in manually satu-satu untuk tiap cuti, untuk tiap sales keluar masuk itulah perkara paling Ainy cuba elak buat. Tapi hakikatnya itulah tugasan harian yang Ainy perlu buat.

Disebabkan Aspiro memahami permasalahan syarikat-syarikat kecil dan besar seperti inilah, diorang tawarkan perkhidmatan global ini untuk memudahkan sesebuah syarikat. Tak perlu lagi nak key-in data satu-satu secara manual. Aspiro ni tawarkan perkhidmatan yang bantu memudahkan dan menjadikan kerja sesebuah syarikat lebih efisen tau.

Untuk anda yang tak tahu, Aspiro ni dah mula berkhidmat dari Disember 2017. Walaupun masih baru di Malaysia tapi diorang sekarang sedang memberikan perkhidmatan kepada sebuah syarikat pengeluaran terbesar kertas di Malaysia iaitu Asia Pulp & Paper. Siapa tak kenal syarikat gergasi di Malaysia ni kan? Semua orang kenal!

Kenapa Aspiro Memilih Malaysia sebagai Headquater?



Merujuk kepada apa yang CEO Aspiro iaitu Encik Lee Teck Seng ni cakap; Mereka memilih Malaysia sebab Malaysia mempunyai negara yang mempunyai kepelbagaian bakat. Infrastruktur yang tengah membangun sekarang dengan polisi perniagaan yang friendly juga menjadikan Malaysia sebagai lokasi yang terbaik untuk Aspiro memperkenalkan perkhidmatan perniagaan global.

Selain itu, katanya lagi Malaysia ini penuh dengan kepelbagaian idea, kreativiti dan inovasi yang mana boleh membawa kepada peluang profesional yang sangat besar.

Disebabkan itulah kenapa Malaysia dipilih. Kalau kita sendiri perasan pun, Malaysia semakin hari semakin maju. Malah banyak juga syarikat besar yang sedang membangun sekarang di Malaysia. Jadi no wonder lah kenapa Aspiro memilih Malaysia sebagai headquater mereka.

Apa Perkhidmatan Perniagaan Global yang Ditawarkan oleh Aspiro dan Kelebihannya?



Selepas Ainy sendiri mendengar penerangan dari pihak Aspiro berkenaan perkhidmatan diorang, Ainy rasakan perkhidmatan ni bagus untuk memudahkan urusan sesebuah syarikat. Contoh sekarang yang kita sendiri nampak, semua urusan pengurusan sumber manusia pihak HR perlu key-in satu-satu cuti, data dan apa sahaja yang melibatkan pekerja. Kadang ianya mengambil masa yang agak lama untuk siapakan. Lagi-lagi kalau sesebuah syarikat tu mempunyai pekerja yang ramai. Bertambahlah kerja yang kena pikul di atas bahu pihak HR.

Tapi sekarang dengan teknologi Robot Processing Automation (RPA) menjadikan kerja lebih mudah. Tekan sahaja 1 butang, semuanya automatik tersimpan dan dikemaskini dengan baik. Malah pekerja juga tak perlu lagi nak isi borang cuti, claim dan sebagainya. Semuanya perlu key-in sahaja di dalam sistem yang ditawarkan oleh Aspiro dan secara tak langsung maklumat tersebut akan sampai kepada department yang berkenaan. Senang kan? Semua di hujung jari.

Malah kalau nak sesebuah syarikat mempunyai pengumuman untuk dibuat juga boleh menggunakan sistem ni. Direct dapat pada semua pekerja tanpa perlu hantar emel satu-satu. Semuanya boleh rujuk di sistem sahaja. Selain dapat memudahkan kerja, dapat jugak mengurangkan penggunaan kertas, masa dan tenaga. Betul tak?


Jadi sesiapa yang mempunyai masalah-masalah berkenaan pengurusan sumber manusia, teknologi maklumat, akaun dan kewangan dan nak dibantu, boleh contact Aspiro okay. InshaaAllah diorang akan bantu bagi perkhidmatan terbaik yang memudahkan kerja awak tau.

ASPIRO SDN BHD

16 comments:

  1. Bagus juga perkhidmatan yang Aspiro tawarkan ni. Memudahkan kerja bahagian HR. Masa sis kerja dulu beberapa minggu sebelum salary week is a busy day.

    ReplyDelete
  2. Very nice! Kalau semua company guna perkhidmatan ni, tak de la busy sangat orang orang HR.. kan kan kan?

    ReplyDelete
  3. This is great for job seekers. Gives more exposure to companies and types of positions available, especially in assisting new graduates.

    ReplyDelete
  4. Bestnya servis Aspiro ni. Dapat membantu mereja yang ingin mendapatkan pekerjaan tapi takde peluang kan? Perkhidmatan yang meraka tawarkan yang melibatkan sumber manusia tu pun bagus sangat. Senang sikit HR di company2 gergasi, tak lah pening kepala nak key-in info macam2..

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang berguna untuk kita tahu. Tapi sy kerja gov. Rasanya company swasta patut amik service ni kan.

    ReplyDelete
  6. Bagusnya! Jarang dengar ada servis begini. Sangat sesuai untuk syarikat tak kira kecil dan besar kan! Selain memudahkan, pastinya servis mereka ni lebih efisyen!

    ReplyDelete
  7. Aspiro ni macam satu company yang develop sistem khas untuk sesebuah syarikat yang nak manage dengan mudah dan cepat tanpa menggukan sebarang kertas hanya satu klik sahaja betul kan...

    ReplyDelete
  8. Uniknya Malaysia sampai ada syarikat luar yang nak bantu jana pendapatan untuk negara kita. Well done!

    ReplyDelete
  9. wahhhh ! Hebat sekali ye syarikat Aspiro ini. Sangat memahami masalah2 perusahaan kecil amhupon besar dalam bab2 sumber manusia dan kewangan. Lepas nie tak perlu runsing lagi, just dapatkan perkhidmatan dari Aspiro, selesai masalah.

    ReplyDelete
  10. Bagus juga ada perhidmatan macam ni. Jarang la dengar orang buat perkhidmatan hal ehwal sumber manusia ni. Hari ni baru tahu. Thanks sharing

    ReplyDelete
  11. Sorry tak faham aspiro ni apa. hahahah. Tapi faham sikit lah. Program untuk mengasalah bakat bakat anak anak muda atau pelajar baru habis study, untuk join program yang dianjurkan oleh aspiro ni kan?

    ReplyDelete
  12. Kadang terfikir kat mana lah nak hantar akauntan, human resources dan teknologi maklumat staff pergi latihan dan kursus. Kebanyakan institutions kerajaan dah ada dah tempat. Yang swasta ni nak hantar pekerja buat latihan kena survey bebetul. Nanti habis duit je hantar dan silibus tak sesuai. Hehe

    ReplyDelete
  13. seriously sgt mudah tapi berapa upahnya tu kena check.cuma bezanya jika guna teknologi ini banyak jimat juga dr mengupah staff dept. sgt cool. mudah senang dan cepat..

    ReplyDelete
  14. Wow thanks for the updates and sharing. Now only I know about such services and its useful thou.

    ReplyDelete
  15. senang bila ada tempat pusat yang menawarkan latihan pekerjaan mcm ni. at least mrk yang dah habis belajar blh tahu nak pegi mana sekiranya mrk tak dapat lagi menempatkan diri mereka di pasaran kerja

    ReplyDelete
  16. pergh, mudahnya sekarang. Kalau guna rpa ni semua keje jalan dengan mudah, tapi kadang tersalh key in, dh tersalah kira. Ada juga kebaikan dan keburukannya. Bahagian HR memang banyak kerja, memang kena ada bantuan

    ReplyDelete