Followers:

Apr 27, 2018

Percutian ke Pulau Kapas, Terengganu yang Penuh Dengan Aktiviti Menarik


Baru-baru ni Ainy dan kawan-kawan berpeluang bercuti ke Pulau Kapas. Kalau anda nak tahu, Ainy ni jenis suka dengan apa saja jenis pulau dan pantai. Suka sangat! Tapi yang tak suka bila balik dari pulau atau pantai ni mesti kulit sunburn teruk. Grrhhh! Tapi tak pernah serik pun sebab tu bila kawan-kawan ajak ke Pulau Kapas ni, Ainy tak menolak malah excited!



Kenapa pilih bercuti ke Pulau Kapas? Actually semua kawan Ainy belum pernah pergi ke Pulau Kapas lagi termasuklah Ainy. Jadi kami ambil peluang ni untuk explore Pulau Kapas. Dah lah pulaunya tak jauh pun dari mainland. Tak silap Ainy haritu, kitorang naik bot pun tak sampai 15 minit untuk sampai ke Pulau Kapas ni. Dekat sangat! Pendek kata; tak sempat nak mabuk laut tahu-tahu je dah sampai. Haha. Walaupun tak jauh dari mainland, kecantikan pantai dan kejernihan airnya sama macam pergi pulau-pulau yang jauh.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu


Semua sedia maklum yang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu cuma ambil masa dalam 4-5 jam je kan. Jadi Ainy dan kawan-kawan decide untuk bertolak lambat iaitu dalam pukul12 tengah malam. Itu pun masih santai-santai singgah makan malam di R&R Bentong dan berhenti lelapkan mata di R&R Gambang. Lagipun jadual bot kami pukul12 tengahari. Itu yang masih boleh santai-santai lagi dalam perjalanan.

Memandangkan Ainy dan kawan-kawan kesemuanya berjumlah 12 orang, jadi kami sewa 1 van hiace untuk muatkan 8 orang dan selebihnya naik kereta sedan kawan Ainy. Van hiace ni Ainy sewa dengan KLEZCAR cawangan Balakong. Kereta pun selesa tau! Memang memudahkan sangat perjalanan Ainy ke Kuala Terengganu haritu. Terima kasih KLEZCAR cawangan Balakong!

Info lanjut: Facebook

Ini lah van hiace yang kami sewa tu.

Kami sampai di bandar Kuala Terengganu lebih kurang pukul8 pagi. Awal sangat sampai! Jadi kami ambil peluang ni untuk Jalan-Jalan Cari Makan di Kuala Terengganu. Lepastu sempat lagi singgah Pasar Payang kejap untuk beli barang-barang makanan. Haha. Dengan tak mandi seharian pergi Pasar Payang. Comel je!

Kawasan di Jeti Marang.

Lepas dah settle sarapan dan shopping, kami terus ke Jeti Marang untuk get ready naik bot ke Pulau Kapas. Masa ni tak ramai sangat pun kat jeti. Mungkin diorang semua dah naik bot pagi ke sana. Kami je pilih untuk naik bot tengahari sebab kalau boleh sampai je Pulau Kapas nak terus check-in. Tak naklah tunggu lama sangat dengan bawa beg banyak-banyak tu kan.

Menginap di Kapas Coral Beach Resort, Pulau Kapas


Pemandangan dari depan Kapas Coral Beach Resort.

Masa kat Pulau Kapas, Ainy dan kawan-kawan menginap di Kapas Coral Beach Resort. Salah satu resort yang dipunyai oleh orang Melayu dan yang paling menarik sebab satu-satunya resort yang ada live coral bebetul depan resort. Kalau anda nak tahu, Kapas Coral Beach Resort ni ada buat program tanam semula coral tau sebab tulah kat depan resort diorang ada live coral. Tak perlu nak pergi snorkeling jauh-jauh, pantai depan resort pun dah boleh tengok coral. Lepastu berenang 3km je pun dah boleh nampak nemo tau.

Jenis-jenis bilik yang ada di Kapas Coral Beach Resort.

Siap ada kerusi dan buai untuk santai-santai.

Ini jugalah beberapa sebab kenapa Ainy pilih menginap di Kapas Coral Beach Resort selain tempatnya yang bersih dan banyak fasiliti baru. Lepastu masa Ainy pergi, diorang tengah renovate dan tambah bilik tau sebab permintaan yang sangat tinggi.

Katil pun besar dan boleh memuatkan 4 orang dalam 1 bilik.

8 Aktiviti Menarik yang Boleh Dibuat di Pulau Kapas


Selain tu, di Pulau Kapas sendiri ada banyak aktiviti menarik yang Ainy dan kawan-kawan buat. Tak bosan langsung tau kat sana sebab setiap hari ada saja aktiviti yang kitorang buat, antaranya;

1) Berkayak


Berkayak sambil tengok pemandangan yang subhanallah cantik macamni.

Di resort sendiri, ada gerai kecil untuk urusan penyewaan kayak tau. Tak silap Ainy 1 jam penggunaan kayak cuma RM20 sahaja. Kira murahlah sebab bila dah kongsi-kongsi guna, seorang baru RM10 kan. Lepastu dapat berkayaklah sepuasnya. Ainy haritu tak sempat nak cuba kayak ni. Dapat tengok kawan-kawan jelah yang berkayak.

Ini gerai untuk urusan penyewaan kayak. Nanti akan ada yang bantu kat sini.

2) Snorkeling


photo credit: Muhammad Shakirin

Ini part yang Ainy paling suka iaitu snorkeling. Untuk sesi snorkeling ni Ainy dibawa pergi ke Taman Laut. Kat situ ada banyak hidupan laut yang cantik dan terpelihara termasuklah penyu. Ainy sendiri berpeluang tengok penyu depan mata tau. Excited! Tak pernah-pernah tengok penyu kat laut depan mata macamtu kan. Haha.

photo credit: Hasif Hamsyari

Kelengkapan snorkeling semuanya dah disediakan oleh pihak resort. Tak perlu sewa lagi dah sebab dah termasuk dalam pakej 3H2M yang Ainy ambil. Lepastu Ainy diberi masa 1 jam lebih untuk snorkelingBest! 

photo credit: Hasif Hamsyari

3) Island-Hopping


Ini gua yang dipenuhi kelawar. Dah macam sarang kelawar tau kat gua ni.

Lepas sesi snorkeling, Ainy dibawa pusing-pusing pulau atau dengan bahasa lainnya; Island Hopping. Ainy berpeluang tengok gua yang di dalamnya penuh dengan kelawar lepastu pulau yang ada bentuk LOVE macamni. Comel je!

Dinding gua yng terukir bentuk LOVE.

4) Mendaki Bukit Singa


Di puncak Bukit Singa.

Seumur hidup Ainy tak pernah sekalipun tau pergi hiking. Ini lah pertama kali dalam sejarah. Haha. Rasa excited, tak sabar semua ada. Tapi sesi hiking kami ni kira mencabar jugak tau even bukit Singa tu tak tinggi mana. Sebab sepanjang menuju ke Bukit Singa, kami kena lalui jalan yang berbatu-batu dan berair. Kena berhati-hati sebab batu-batunya tajam pulak tu.

Lepastu ada juga laluan yang memerlukan kami mengarung air pantai yang sedalam paras dada. Jadi pemakaian kasut semasa dalam perjalanan menuju ke kaki bukit Singa tu sangatlah diperlukan even dalam air. Sebab dalam air pun penuh dengan batu-batu tajam untuk ke kaki Bukit Singa. Mencabarlah jugak!

Jalan yang berbatu-batu untuk ke kaki Bukit Singa. Mencabar!

Cabaran tu bukan kat situ je tau. Tiba saja kat kaki Bukit Singa, kami kena lalui track yang curam untuk ke puncak bukit. Punyalah mencabar bila track curam macamni (rujuk gambar Ainy di bawah okay).

Ini gambar Ainy di kaki Bukit Singa.

Track menuju ke puncak Bukit Singa.

Tapi berbaloi sebab kat atas puncak tu, Ainy dapat tengok sendiri view yang subhanallah cantik sangat. Lupa kejap dah penat dan cemas masa mendaki track yang curam tu. Haha. Bila dah kat atas tu, banyak jugalah gambar-gambar yang Ainy snap untuk kenang-kenangan. Walaupun pendakian tu agak mencabar tapi Ainy sarankan untuk anda cuba naik Bukit Singa ni bila ke Pulau Kapas. Macam rugi pulak tak cuba bila dah alang-alang sampai tu kan. At least sekali!

View dari atas Bukit Singa. Cantik!

5) Bermain Bola


Ainy sempat juga main bola tampar dengan pekerja resort.

Lepas dah balik dari snorkeling dan island hopping tu, aktiviti santai yang boleh dibuat di resort adalah bermain bola. Ainy suka sangatlah main bola tampar kat depan resort ni. Nampak ada yang tengah main, buat muka seposen pergi tanya; nak join sekali boleh tak? Haha. Tapi tak payah risau sebab diorang semua sporting sangat.

6) Menyaksikan Matahari Terbenam


Subhanallah view dia! Tak puas tengok.

Bila dah penat seharian buat pelbagai aktiviti air dan darat, Ainy luangkan masa duduk santai tepi pantai untuk menyaksikan matahari terbenam. Tak perlu pergi jauh-jauh sebab depan resort pun anda dah boleh nampak matahari terbenam tu. Subhanallah cantik sangat!


Ainy pula sejenis bila pergi travel mana-mana, Ainy akan tunggu saat ni - tengok sunrise atau sunset. Jadi bila ke Pulau Kapas baru-baru ni, Ainy juga tak lepaskan peluang untuk tengok sunset.

7) Pertunjukan Live Band



Lepas solat Maghrib, Ainy luangkan masa di cafe Kapas Coral Beach Resort. Sambil makan malam sambil tengok pertunjukan live band yang disediakan oleh pihak resort. Meriah betul! Siap boleh request lagu lagi tau.

Ainy suka usaha resort untuk hiburkan pelanggan. Jadi bila malam tak adalah pelanggan bosan duduk dalam bilik saja kan. Adalah jugak sesuatu untuk dilihat bila waktu malam.

8) Barbeque



Memandangkan mainland dengan Pulau Kapas ni tak berapa jauh. Jadi untuk adakan sesi BBQ pun mudah sebab anda boleh ulang-alik ke mainland untuk dapatkan bahan-bahan untuk BBQ. Tempat BBQ dah disediakan oleh pihak resort tapi bahan-bahan seperti arang, ayam, udang semua tu anda perlu beli sendiri. Sempatlah juga Ainy merasa BBQ di Pulau Kapas haritu dengan hasil laut yang segar-segar. Nyum3.

2 Lokasi Jalan-Jalan Cari Makan di Kuala Terengganu (Recommended)


Bila pergi ke satu-satu negeri, macam tak lengkap pula kalau tak disekalikan dengan Jalan-Jalan Cari Makan. Memandangkan masa Ainy terhad sebab Ainy ke Pulau Kapas pun 3 hari saja jadi kami hanya sempat pergi ke 2 lokasi makan-makan.

1) Nasi Dagang Atas Tol



Orang Terengganu kalau dengar Nasi Dagang Atas Tol ni mesti diorang dah biasa makan. Tapi ini kali pertama buat Ainy dan kawan-kawan nak cuba nasi dagang ni. Serius sedap! Kuahnya yang pekat tu memang kena sangat dengan selera Ainy. Ainy siap bungkus lagi tau bawa pergi Pulau Kapas. Bagi anda yang nak cuba, Ainy sarankan pergi awal pagi sebab masa Ainy pergi tu ramai sangat yang beratur untuk beli. Tapi alhamdulillah rezeki kami agaknya haritu dapat juga merasa.

Info lanjut: Instagram

2) Rex Nasi Padang Sumatera



Masa sampai Kuala Terengganu, Ainy dah cuba nasi dagang. Jadi sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, Ainy dan kawan-kawan singgah makan nasi padang pulak kat Rex Nasi Padang Sumatera. Ainy paling suka dengan daging salai dia, sedap sangat tapi pedas! Haha. Kalau tak pedas bukan nasi padang lah kan. Walaupun pedas, Ainy makan je sampai habis sebab pedas yang sedap. Selain tu ada banyak menu nasi padang yang lain jugak kat Rex Nasi Padang Sumatera ni. Tapi favourite Ainy semestinya daging salai. Tengah taip ni punboleh  teringat-ingat kat daging salai dia.

Info lanjut: Instagram

Pakej 3H2M ke Pulau Kapas dengan Kapas Vacay!



Haritu Ainy ke Pulau Kapas dah ambil pakej siap-siap dengan Kapas Vacay tau sebab malas nak fikir. Kalau boleh sampai Jeti Marang nak semuanya diuruskan dah. Dah lah Ainy dari Kuala Lumpur jadi bila ambil pakej ni lebih senang lah kerja Ainy. Semuanya dah disediakan!

Actually diorang ada banyak jenis pakej mengikut keperluan dan kehendak kita. Nak day trip saja ada, 2H1M dan 3H2M pun ada. Memandangkan Ainy datang jauh dari Kuala Lumpur, jadi Ainy ambil pakej 3H2M dengan tambahan snorkeling di Taman Laut, hiking Bukit Singa dan island-hopping. Kiranya Ainy ambil pakej lengkap dengan semua aktiviti yang Ainy mention kat atas tadi. Senang kan! Bukan selalu kan pergi Pulau Kapas jadi bila sekali pergi kita cuba semua aktiviti menarik kat sana.

Pakej Pulau Kapas 3 Hari 2 Malam dari Kapas Vacay!

RM305 / seorang (1 bilik 4 orang)

Pakej termasuk;
1) Bilik penginapan yang luas dan selesa dengan penghawa dingin (2 malam).
2) Bot pergi balik dari Jeti Marang ke Pulau Kapas.
3) Snorkeling di Taman Laut.
4) Keperluan snorkeling.
5) 2 kali sarapan, 2 kali makan tengahari dan 2 kali makan malam.

Tambahan aktiviti (harga untuk seorang);
1) Snorkeling set (one day used) + RM15
2) Hiking Bukit Singa dengan tour guide + RM15
3) Island-Hopping / tour dengan bot selama 45 minit + RM25



Pakej yang Ainy share kat atas ni pakej untuk sebilik 4 orang tau. Kalau anda nak request sebilik seorang,  2 orang, 3 orang atau 5 orang, boleh terus contact dengan pihak Kapas Vacay okay. Boleh refer maklumat di bawah ni;

PAKEJ VIRAL KE PULAU KAPAS DARI KAPAS VACAY!
Hotline: 011-2195 6220 / 017-501 7517

23 comments:

  1. Memang best ke Pulau Kapas..Jom gi lagii

    ReplyDelete
  2. Bukit singa tu best, tapi kena hati-hati nak naik/turun... tebing tu kalau jatuh terus ke bawah... Hehehe

    ReplyDelete
  3. Cantiknya Pulau Kapas. Eiza tak sampai lagi ke sana. Thanks for the info.

    ReplyDelete
  4. Recommended Island to go and relax while the scenery is just so beautiful. Kalau gi lagi i need to have my aque shoe so boleh redah laut nak ke Bukit Singa. Pulau Kapas it is a must to go and chill

    ReplyDelete
  5. Bestnya pergi pulau. Memang suka jadikan Terengganu port kami bercuti sekeluarga. In sha Allah akan repeat bercuti ke sana. Nice picture juga Ainy

    ReplyDelete
  6. The Journey also not so long to Terengganu. So nice the Pulau Kapas and the snorkeling activities look Fun.

    ReplyDelete
  7. Cantiknye pulau kapas.. Teringin nak pergi pulau kapas bila la dapat sampai sini.

    ReplyDelete
  8. Abby baru tahu klo di Trengganu ada Pulau Kapas. Pantainya menarik dan postingan ini lengkap banget uraiannya menuju destinasi wisata Pulau Kapas. Ini mempermudah orang menjangkau tempatnya. Kereenn...

    ReplyDelete
  9. Orang kata pulau kapas ni sangat cantik dan masih kekal lagi kebersihannya. Tapi nak datang sini agak jenuh juga sbb kena naik bot huhu. Pernah pergi sekali satu masa dulu dan tgk entri ni rasa nak repeat balik dtg sini

    ReplyDelete
  10. Cantiknya permandangan Pulau Kapas ni. Tak pernah datang ke sini lagi. Pasir memutih kat tepi pantai. Best tu sesambil kuis2 pasir dengan tapak kaki. Tak payah berkasut. Nampak bersih sangat. Keindahan lautnya pun memukau. Mesti banyak spesis 'Nemo' kan?.

    ReplyDelete
  11. kalau tgk gambar kat atas dan gambar yg org lain ambik mmg cantik pulau kapas ni. omputih pun prefer bercuti kat sini.. nak matahari katanya

    ReplyDelete
  12. Sis baru je balik dari Pulau Perhentian..ni tengok pulak Pulau Kapas ni..rasa nak ke sana pulak. Hajat hati memang nak menjelajah pulau-pulau kat Malaysia ni...harap2 termakbul impian.

    ReplyDelete
  13. Wishlist nak ke pulau kapas ni. Memang cantik view dekat sana. Macam kat oversea je.
    Nak stay dekat Kapas Coral Beach Resort tu juga lah. Senang tak yah nak snorkeling nak tgk live coral.

    ReplyDelete
  14. Wah menariknya. Ika x pernah try lagi datang sini. Boleh dtg dengan nesties buat yearly trip.

    ReplyDelete
  15. Tak pernah sampai Pulau Kapas lagi. Cantik juga dan banyak aktiviti nak buat kat sini. Menariknya harap satu hari dapat pergi sana. Dah mula rindu dengan laut.

    ReplyDelete
  16. Interesting!!!! So much to see and play there. I love your sunset shot. So much breathtaking!! Will share there package info with my friends....

    ReplyDelete
  17. Wahhhh berpatutan sungguh hrga tu yer. 305 ringgit seorang utk 3H2M kira okay lah tu. Sangat details penceritaan ainny. Suka ! Sbb boleh buat rujukan akan dtg.

    ReplyDelete
  18. Best nya kalau dapat pi pulau kapas.. dapat pulak buat macam-macam aktiviti macam korang buat. yang penting view kat sana cantik sangat-sangat.. boleh menenangkan fikiran.

    ReplyDelete
  19. Pulau kapas memang best. Akak suka lagi ke sini dari pulau lain yang ada di semenanjung. Sebab tak ramai orang. Hahaha. Maksud akak orang tak sesak. Kadang akak tengok pelancong lagi ramai. Nanti nak plan lagi ke sini. Dulu trip dengan kawan-kawan. Masa muda belia. Hehehe

    ReplyDelete
  20. Omg... Kebetulan I wanted to go there, thanks for the inform. I will check out the place.

    ReplyDelete
  21. bestnyaa,mmg plan nk ke sana hujung tahun ni. nti boleh try survey2 pakej sana..thanks ainy share pglmn

    ReplyDelete