Followers:

Apr 2, 2018

Manjakan Diri di Rumah dengan Skrub Lulur dari Asianic


Bagi wanita yang bekerjaya, masa untuk diri sendiri sangatlah terhad. Kadang nak pergi gunting rambut dan manjakan diri di spa pun boleh kira dengan jari berapa kali saja dalam setahun. Samalah juga dengan kerja Ainy yang memerlukan Ainy travel sana-sini almost every week. Tapi dengan Asianic, anda tak perlu lagi risau untuk ke spa semua tu. Buat kat rumah saja lebih senang dan menjimatkan masa tau.

Asianic? Apa tu?


Asianic ni sebuah jenama rangkaian produk yang mengetengahkan produk spa penjagaan diri di rumah. Kenapa Ainy mention di rumah sebab mostly produk dari Asianic ni produk yang kita boleh gunapakai sendiri di rumah. Ianya bukan saja mudah tapi jimat tenaga dan duit poket kita juga tau. Malah apabila kita buat sendiri di rumah ni, dapat beri sentuhan yang lebih memuaskan tanpa perlu ke pusat rawatan badan yang mahal-mahal tu.

4 Produk Skrub Lulur Terbaru dari Asianic



Kerana faham dengan kehendak kita sebagai manusia yang bekerjaya itulah, Asianic baru-baru ni telah mengeluarkan 4 produk skrub lulur yang terbaru. Dengan skrub lulur ni kita tak perlu lagi membayar kos yang tinggi di spa malah boleh dijadikan aktiviti hujung minggu dan senggang bersama keluarga dan kawan-kawan.

Skrub lulur ni sebenarnya salah satu penjagaan kulit badan untuk memastikan kulit kita sentiasa lembut, bersih dan yang paling best sebab dapat menghilangkan sel-sel kulit mati. Selain tu, dengan skrub lulur ni boleh bantu mencerahkan bahagian anggota badan yang tersembunyi macam celah ketiak, belakang lutut dan lain-lain tempat.


Kalau digunakan secara konsisten pula, boleh bantu tegangkan kulit selain dari mengurangkan dehidrasi pada kulit badan. Banyak kan kelebihannya? Tapi di bawah ni Ainy nak kongsikan kelebihan pada tiap-tiap satu skrub lulur ni. Ada 4 variasi semuanya tau.

1) Skrub Lulur Seri 7 Bunga



Dengan teknologi moden sekarang, mandian seri 7 bunga ni boleh dibuat sendiri dah tau. Kalau dulu mandian seri 7 bunga dah jadi 1 tradisi budaya untuk memberi seri kepada bakal pengantin. Sekarang ni dah tak payah dah nak buat sendiri, guna saja skrub lulur seri 7 bunga dari Asianic ni. Settle masalah!

2) Skrub Lulur Betik



Ainy rasa semua dah maklum dengan khasiat betik pada tubuh badan kita. Disebabkan khasiatnya yang baguslah ramai jenama di luar sana yang mengeluarkan sabun betik dan lain-lain dari ekstrak betik. Malah Asianic juga tak terkecuali. Skrub lulur betik ni yang paling best sebab dapat memberi kelembapan kepada kulit. Untuk sesiapa yang mempunyai masalah kulit kering ke bersisik ke, boleh amalkan penggunaan skrub lulur betik ni secara konsisten. InshaaAllah anda akan dapat lihat hasilnya nanti tau.

Ainy pula bagi skrub lulur betik ni dekat Ma Ainy. Sebab Ma ada masalah muka berjeragat. Selain bagi kelembapan pada kulit, estrak betik juga bagus untuk memudarkan jeragat tau pada muka. Sambil-sambil skrub kat badan tu, skrub sekali kat muka dengan lembut dan amalkan seminggu 2-3 kali inshaaAllah anda akan dapat rasa bestnya bila pegang kulit muka sendiri.

3) Skrub Lulur Susu Beras



Penggunaan susu beras ni sebenarnya dah agak glamour dari kalangan surirumah. Kadang tak sempat untuk ke spa, mereka jadikan air beras tu sebagai pencuci muka sebab khasiat air beras ni dapat bagi kulit rasa sihat sentiasa. Jadi disebabkan itulah Asianic juga mengeluarkan skrub lulur susu beras untuk kegunaan di rumah. Selain dapat melembutkan kulit, dapat juga merawat kulit supaya sentiasa sihat dan cerah. Haa bagi yang ada masalah kulit kusam tu, Ainy sarankan guna skrub lulur susu beras ni tau.

4) Skrub Lulur Delima



Yang ini pula Ainy suka juga sebab ektrak delima itu sendiri sangatlah bagus untuk kulit kita. Kalau anda google pun khasiat delima ni memang banyak sangat tau yang keluar. Jadi kalau amalkan selalu inshaaAllah dapat mengembalikan sel kulit yang mati, melindungi epidermis dan dermis kulit dengan membantu kembalikan semula sel kulit dan menolong pembentukan semula tisu-tisu badan. Skrub lulur delima ni lebih kepada bantu meremajakan semula kulit kita yang dah dimamah usia itu, Haaa gituhhh. Haha.

Pendek kata sebenarnya keempat-empat skrub lulur ni punya khasiat dan kelebihan yang tersendiri yang diperlukan untuk kulit kita. Kenalpasti dulu masalah kulit anda dan boleh buat pilihan di antara keempat-empat skrub lulur ni. Tapi kalau Ainy, Ainy pilih terus keempat-empat ni sebab selain boleh simpan sebagai stok di rumah juga boleh bergilir-gilir guna nanti.


Haaa bagi anda yang selalu sibuk dengan kerja tu dan kadang nak cari masa untuk diri sendiri pun terhad, skrub lulur dari Asianic ni memang sesuai untuk anda. Dah lah harga pun murah je tau. 1 bekas skrub lulur ni cuma RM16.90 sahaja. Nak dapatkannya pun senang sebab skrub lulur ni dah ada dijual di hampir semua pasaraya besar di Malaysia, farmasi dan kedai-kedai runcit seluruh Malaysia. Bagi yang malas nak keluar pergi cari tu, boleh juga dapatkan skrub lulur ni secara online di AladdinStreet.com, Lazada. 11 Street, Coopmall.my dan Cmasa.my okay.

Haaa kalau malas juga dan nak tahu lebih lanjut lagi berkenaan produk, anda boleh hubungi terus pihak Asianic okay di sini;

WONDERLANDPRIMARY (ASIANIC MALAYSIA)

20 comments:

  1. Suka Lulur dari Asianic ni..bestnya Ainny dapat mandi lulur kat rumah kan...harga pun boleh tahan mampu miliknak cari la..dulu akak layan lulur mustika ratu je..hahahaha

    ReplyDelete
  2. Tak pernah guna jenama scrub yang ni tapi airah memang suka beli scarub untuk badan rasa segar je lepas scrub

    ReplyDelete
  3. comelnya scrub2 ni nampak sangat organic dgn pelbagai pilihan

    ReplyDelete
  4. Del tak pernah cuba jenama ni. Kalau jenama yang biasa-biasa pernah lah. Nak hilangkan daki-daki dekat badan kan. thanks share info pasal scrub ni.

    ReplyDelete
  5. Pertama kali dengar produk ni. Nanti boleh check it out. Ai memang tak reti berlulur ni. Malas. Hehehe. Tapi kalau pergi spa ok.

    ReplyDelete
  6. Wawa dlu guna set mandian asianic.. Mmg best.. Skrg ada skrub pulak msti best juga.. Wawa rjin skrub bdn dulu2.. Sskrg dh mls skit.. Tp kdg2 buat.. Hehehe.. Bolehlah nk try skrub bru dr asianic pula

    ReplyDelete
  7. Ramai juga yang kata lulur dari asianic bagus. Senang nak guna kan.tak yah susah2 nak prepare sendiri atau berhabis duit dekat spa. Spa dekat rumah je. Satu keluarga boleh pakai. Harga pun terlebih mampu milik lagi.

    ReplyDelete
  8. Bestnya manjakan diri. Lagi best kalau orang lain tolong sapu dan sental badan dengan scrub ni..

    ReplyDelete
  9. Manjakan diri kat rumah lebih selesa jika lengkap semua peralatan. Asianic lulur ni best. Boleh la wiken ni nak berlulur juga

    ReplyDelete
  10. Best lah ada set lulur camni..lama x berlulur semenjak anak kecik selalu tak sabar kalo bonda duduk toilet lelama..haha..tp kena beli juga satu ni..cam best kan yg ada delima tu..

    ReplyDelete
  11. Wow! scrub ni nampak bagusnya.. ada satu set dengan bau lain lain lagi.. superb!

    ReplyDelete
  12. Wah asianic dah de lulur la..sy memg suka mandi berlukur badan rasa soft je...fresh dan wangi..nanti nak beli la.lukur asianic

    ReplyDelete
  13. produk baru ye? sbab tak pernah dengar lagi. saya sendiri suka guna scrub utk buang sel kulit mati

    ReplyDelete
  14. Rasa macam nak cuba semuanya. Sebab semua ada kebaikan masing-masing. Tentu relax je bila buat lulur, kulit pon cantik

    ReplyDelete
  15. Patut orang perempuan guna produk ni nak bagi lebih manja dengan suami dan makin sayang hehehehehe

    ReplyDelete
  16. suka dengan scrub macam ni..dapat bersihkan kulit dengan cemerlang...ala2 berspa di rumah :-)

    ReplyDelete
  17. Menarik! lagipun memang agak lama dah tak scrub n tercari2 gak lah scrub yg sesuai :D

    ReplyDelete
  18. Xbiasa pkai jenama ni..tapi akak hari2 mandi pakai shower gel sekali dgn scrub tu...sedap je rasa badan lepas tu...releks ja bau wangiiii

    ReplyDelete
  19. lama dah uzu tak scrub sejak tini takde . hahaha kalau tak mmg setiap minggu duk scrub muka haha. jadi bila akak nak bawak scrub ni ke pulau kapas . teringin merasaaa

    ReplyDelete
  20. letop!! hahaah patut laaa cantikkk

    ReplyDelete