Followers:

Mar 6, 2018

Melawat 8 Tempat Tarikan Utama di Singapura dengan Bajet RM135 Seorang


Singapura adalah sebuah negara jiran yang mempunyai pembangunan yang sangat pesat walaupun negaranya agak kecil dari negara-negara lain. Malah Singapura juga digelarkan sebagai 'negara bersih' oleh segelintir rakyat Malaysia yang sudah pernah menjejakkan kaki ke sana.

Walaupun begitu, semua juga maklum bahawa kadar matawang di Singapura sangat tinggi. Pernah mencecah sehingga 3.15 untuk tukaran matawang Malaysia. Bayangkan RM10 duit Malaysia, bila ditukarkan ke duit Singapura akan menjadi SGD3.17. Jadi ini juga salah satu punca kenapa ramai rakyat Malaysia yang berfikir dua-tiga kali untuk ke Singapura.

Oleh kerana itulah, syarikat pelancongan RAINI Travel membuka pendaftaran pakej ke Singapura selama 1 hari dengan bajet RM135 seorang. Pakej yang sangat berbaloi pada Ainy, ini kerana dengan RM135 itu anda akan disediakan dengan keperluan berikut:

1) Pengangkutan pergi balik iaitu bas ke Singapura dari Kuala Lumpur (berkumpul di KL Sentral).

2) Light breakfast semasa tiba di R&R Gelang Patah, Johor.

3) 1 hari lawatan ke 8 tempat tarikan utama di Singapura.

4) Tour guide yang berpengalaman yang akan menceritakan tentang sejarah tiap tempat yang dilawati.


Dari side anda, cuma perlu bawa duit belanja dan makan tengahari sahaja semasa di Singapura. Berbaloi kan? Selain itu, kesemua tempat yang dilawati itu adalah tempat tarikan utama yang WAJIB singgah bila menjejakkan kaki ke Singapura. Pendek kata; tidak lengkap percutian anda ke Singapura jika tidak singgah ke 8 tempat tarikan utama ini. Ainy nak kongsikan kepada anda 8 tempat tarikan tersebut.

1) Merlion Park



Ini adalah tempat utama yang WAJIB anda pergi bila ke Singapura kerana di sinilah terletaknya mercu tanda Singapura. Rupa tugu yang mempunyai kepala seperti singa dan badan seperti ikan duyung ini sudah menjadi tumpuan utama pelancong bila ke sini. Jadi ambil peluang anda untuk bergambar di sini untuk dijadikan kenang-kenangan.

2) Esplanade



Esplanade yang juga dikenali sebagai Teater Esplanade dan lebih mudah dikenali juga sebagai The Esplanade adalah sebuah pusat seni persembahan berkeluasan 60,000 meter persegi yang dibina di Marina Bay. Esplanade ini dibina dengan sangat unik dan berbentuk seperti durian.

3) Bugis Street



Di Singapura terdapat banyak pasaraya yang menjual pelbagai cenderahati dan Bugis Street adalah salah satu diantaranya. Malah Bugis Street menjadi tumpuan ramai kerana dikatakan cenderahatinya lebih murah dari dibeli di tempat lain. Bolehlah anda membeli belah cenderahati untuk kawan-kawan di Malaysia.


4) Masjid Sultan



Masjid ini adalah salah satu masjid tertua di Singapura dan menjadi tumpuan pelancong kerana senibina masjidnya yang sangat unik. Ainy dimaklumkan yang masjid ini telah dibina dalam tempoh yang agak lama sebelum betul-betul dibuka untuk dijadikan sebagai tempat ibadah. Maknanya bila ambil masa agak lama, ianya mesti sesuatu pembinaan yang sangat rumit dan memerlukan penelitian yang tinggi.

Ainy juga berpeluang untuk solat di sini setiap kali ke Singapura dan akan solat jamak taqdim sekali sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya.

5) Kampong Glam



Kampong Glam atau nama aslinya adalah Kampung Gelam ini menjadi pemukiman awal masyarakat Bugis dan Jawa dari Indonesia. Terdapat pelbagai lokasi menarik di Kampong Glam antaranya Masjid Sultan, Istana Kampong Glam, Taman Warisan Melayu dan perkampungan tradisional Melayu Kampong Glam ialah antara lokasi lain yang menarik yang menyimpan 1000 rahsia khazanah sejarah awal pembentukan Singapura. Di sini juga, terdapat banyak lorong yang menjual pelbagai jenis kain dengan harga yang murah. Malah di Arab Street ini juga anda akan melihat di kiri-kanan deretan kedai yang masih mengekalkan senibina lama pada bangunan mereka. Selain dapat membeli-belah, anda juga dapat ber'OOTD' di dinding kedai mereka yang unik itu.

6) Restoran Zam-Zam



Bila pergi ke sesebuah negara, tidak lengkap percutian sekiranya tidak disekalikan dengan sesi Jalan-Jalan Cari Makan. Restorn Zam-Zam ini salah satu kedai makan yang terkenal di Singapura dengan menu murtabaknya yang sedap. Terdapat pelbagai saiz murtabak di sini dan anda juga boleh memilih untuk makan di kedainya atau 'drive thru' di hadapan kedai dengan bantuan pekerja kedai. Malah Ainy dimaklumkan yang murtabaknya juga menjadi kegemaran Sultan Johor. Nampak tak disitu yang murtabaknya sangat sedap dan lain dari yang biasa kita beli.

7) Pulau Sentosa



Pulau Sentosa juga adalah tempat tarikan yang akan dikunjungi oleh ramai pelancong kerana di sini anda akan bergambar di hadapan globe yang terdapat di Universal Studio Singapore (USS). Tak dapat masuk bermain di dalam USS, dapat bergambar di hadapan globe famous ini pun dah cukup. Buat anda yang tidak tahu, Pulau Sentosa ini adalah pulau buatan yang sangat besar. Malah di sini anda akan dapat melakukan pelbagai akvititi yang berbayar mahupun yang percuma. Tapi sebelum anda mulakan sesi meneroka di sini, anda perlu dapatkan peta Pulau Sentosa terlebih dahulu di kaunter yang terdapat di sana bagi memudahkan terokaan anda. Di sini, Ainy dan kawan-kawan diberikan masa hampir 3 jam untuk sesi meneroka dan gunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya supaya anda tidak ketinggalan tempat menarik di Pulau Sentosa.


Salah satu yang menjadi kesukaan Ainy tiap kali ke Pulau Sentosa adalah bersantai di tepi Pantai Palawan yang mana di sini terdapat jambatan gantung untuk kita menyeberang dari Pantai Palawan ke pulau kecil di hadapan. Dari pulau kecil itu, anda dapat menaiki bangunan tinjau untuk melihat Pulau Sentosa dari jarak yang lebih tinggi.

8) Gardens by the Bay



Ini adalah tempat tarikan terakhir yang akan dilawati sekiranya anda menyertai pakej dari RAINI Travel. Gardens by the Bay ini adalah sebuah taman yang mempunyai pokok yang unik dan tinggi. Di sini juga anda akan dibawa melihat pertunjukan yang diberi nama Garden Rhapsody Light Show yang akan diadakan setiap hari pada 7.45 malam. Show yang sangat unik dan cantik dengan pergerakan lampunya mengikut rentak muzik yang dipasang. Garden Rhapsody Light Show ini akan ditayangkan selama 15 minit dan enjoy your show betul-betul okay dan jangan lupa ambil video untuk kenang-kenangan.

Okay selesai Ainy ceritakan 8 tempat tarikan utama yang Ainy lawati bersama RAINI Travel. Ainy dimaklumkan yang RAINI Travel juga mengadakan trip ke Singapura ini pada pada penghujung bulan untuk setiap bulan. Bagi mendapatkan jadual berkenaan trip dan lain-lain informasi, anda boleh hubungi pihak RAINI Travel di talian di bawah;

RAINI Travel & Tours Sdn Bhd
Hotline: 018-777 4594

27 comments:

  1. Menarik la Ainny, akak bercadang nak bawak anak dara berjalan jauh skit..kalau dengan kos yang murah macam tu sure best..nanti akak call ye..harga tu untuk sehari kan..pilihan tempat pun menarik...

    ReplyDelete
  2. Yang Bugis Street dengan Kampung Glam tu teringin nak pegi gak. Oh! murtabak tu belum pernah rasa lagi. Whoa murahnye cost awak pegi Singapore. Hebat!!! Pandai bajet.

    ReplyDelete
  3. Harga tu sangat berbaloi untuk satu hari yang penuh aktiviti.. kena ada pasport x ainy? Teringinnya nak kenal negara orang.. #takpernahgobesi

    ReplyDelete
  4. Pernah tengok light show kat singapore. Masa tu dia buat tepi laut tak silap saya.....betul....currency exchange kita rendah la...nak pergi sana fikir 2-3 kali..

    ReplyDelete
  5. Berbaloi nak p dan murah.. kalau first time memang sangat2 recommended lah..

    ReplyDelete
  6. Dah lama i tak pergi singapore, banyak nya new attraction...

    Boleh plan a trip there in near future..

    ReplyDelete
  7. Bestnyaaaa....kita tak pernah sampai lg spore...ntah bila la nak sampai spore ni...tgk currency dia jd krik2 sokmo

    ReplyDelete
  8. Percutian bajet ni walaupun murah tapi tetap berbaloi sebab banyak tempat kita lawati... tak pernah sampai sini, teringin juga

    ReplyDelete
  9. In shaa Allah one day nak pergi Singapore juga. hehee. Bestnya

    ReplyDelete
  10. Nak kena repeat lagi. Akak belum ke singa muntah tu. Asyik leka ke lokasi lain. Tak sampai lagi sana.

    ReplyDelete
  11. aida pun in shaa Allah akan gi ni, ainy.
    da booking ogos nanti. lebih kurang aje ye harganya antara travel agency.
    aida just tunggu di rnr ayer keroh. turun pun nanti di situ.
    tak sabar... nak bwk anak2 jjcm di singapura plak nanti.

    ReplyDelete
  12. lepas ni kalau p jalan jalan ajak mimin ehh. hahahaha

    ReplyDelete
  13. Cantiknyaaa semua gambar. kita ni walaupun kat johor, tak penah sampai lagi Singapore. heheheh insya Allah boleh berkunjung ke sana. ada je sedara mara duduk sana...

    ReplyDelete
  14. Baru sebut tentang day trip ke singapore semalam. Ana tertarik dgn trip ni sebab harga dia murah. Dpt pergi banyak tempat pula tu. Plg nak g ke garden bu the bay tu.

    ReplyDelete
  15. okay la tu harganya. tak dapat masuk USS pun takpe. banyak lagi benda best kat singapore tu

    ReplyDelete
  16. Seronok dpt g singapore. Pernah pergi tahun 2008..sbb ada exhibition..yg best nak g mnw just jln kaki phn dah ok..

    ReplyDelete
  17. wah memang murah giler. rugilah kalau sape tak guna pakej ni. nak rekemen kt kawan-kawan lah

    ReplyDelete
  18. Rm 135 seharian kat Singapura, sudah pergi 8 tarikan utama. Bolehlah...

    ReplyDelete
  19. Wow! RM135 je bleh lawat 8 tempat menarik. Berbaloi jugak ni. Dahla tak pernah sampai ke Singapura. Semua pun tempat yang popular di Singapura. Bolehlah saya plan perjalanan dengan agensi ni. TQ for sharing!

    ReplyDelete
  20. murah ! boleh p 8 tempat ! ok lahh mana nak cari kan so mana2 nak p boleh lah p beli pakej rainy travel hahahahah

    ReplyDelete
  21. Bestnyaaa... Berbaloi dengan harga tu sebab pergi banyak tempat. Last pergi singapore tahun 2013. Itu pon pergi USS jer sebab company trip.

    ReplyDelete
  22. wah murahnya ! dah la bulan 4 ni sepatutnya trip ke singapura under waze tapi time ni pula ada LDHN Nak kutip cukai... takut kena bayar lebih pula this year kami terpaksa cancel trip, husband cakap cukai pendapatan tak boleh by kredit kad !!! :((((((((((( tak pe la mungkin next time

    ReplyDelete
  23. I have visited 5 out of 8 places that recommend in your post. I like Singapore as is a clean places. But currency so expensive. Usually my friend is my tour guide in Singapore

    ReplyDelete
  24. yeayy dah pergi dengan Raini travel. memang best dan menyeronokkan! kalau buat trip dengan kawan2 pun mesti lagi syok!

    ReplyDelete
  25. Memang dok teringin nak ikut trip camni, InsyaAllah dlm plan

    ReplyDelete
  26. Saya dah join trip ni bersama Raini Travel. Satu pengalaman yang menyeronokkkan dan berbaloi untuk pergi

    ReplyDelete