Followers:

Jan 23, 2018

Mango Float Royale Sedap di Sungai Putat, Melaka


Melaka sebuah negeri yang terkenal dengan tempat-tempat bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Selain dapat melihat sejarah lama yang ditinggalkan, Melaka juga dikenali sebagai lubuk tempat jalan-jalan cari makan yang sedap seperti asam pedas, kuih keria gula melaka, coconut shake dan banyak lagi. Ainy yakin yang ramai dari kalangan anda yang ke Melaka hanya untuk food hunting.

Selain itu juga, Ainy nak kenalkan dengan anda semua berkenaan dengan Mango Float Royale yang sudah setahun beroperasi di Melaka. Malah menjadi tumpuan ramai orang baik yang tinggal di Melaka mahupun pelancong dari luar.


Ainy dan kawan-kawan juga tak terkecuali untuk singgah ke sini ketika datang ke Melaka minggu lepas. Masa awal-awal Ainy tiba di Mango Float Royale yang terletak di Sungai Putat, Melaka ini, Ainy dapat lihat ramai orang yang beratur untuk membeli.

Manakan tidak, kandungan mangga potong yang dicampurkan sekali dengan mangga yang telah di'blend' ini pasti membuatkan anda berpuas hati dengan rasanya. Selain itu, ditambah pula dengan topping aiskrim vanila menambahkan lagi kelazatan mango float ini.


Disebabkan itulah, ramai yang sanggup beratur lama hanya untuk mendapatkan secawan mango float. Malah Ainy dimaklumkan yang mereka menjual lebih 1000 cawan setiap hari biasa dan bertambah tiga kali ganda hasil jualan pada hari minggu dan cuti umum. Nampak tak betapa ramai yang menyukai mango float dari Mango Float Royale ini.


Jadi buat anda yang merancang ke Melaka, Ainy cadangkan anda untuk singgah ke sini dan merasai sendiri kelazatannya. Harga untuk secawan mango float hanya RM5.50. Berbaloi-baloi!

MANGO FLOAT ROYALE

13 comments:

  1. wah..mesti sedapkan...
    last week pegi melaka tapi x sempat pun nak berjalan-jalan cari makan...

    ReplyDelete
  2. sedapnya! kat area rumah ni pun ada mango float, tapi xletak aiskrim pun..
    yum3..

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap lagi2 tekak tengah kering ni

    Singgahlah sini,
    http://tarotthefool.blogspot.com/2018/01/memohon-sumbangan-untuk-program_21.html

    ReplyDelete
  4. nanti kalau ke Melaka memang nak kena singgah lagi. memang sedap

    ReplyDelete
  5. sedapnya Mango Float Royale ni. Terasa nak rasa juga , mesti sedap kan?

    ReplyDelete
  6. akhirnya sampai dsini!! hehehe salam ayniii wah xpnh tahu lg sebab slalu pergi melaka asek cari coconut shake je kan, ok noted pasni akan di cari mango float plak, mak aih eskrem dia mnggoda giler!!

    ReplyDelete
  7. Sebab terpengaruh ngan geng Projek Travel hari tu gak la afzal dan family singgah pekena mango float royale kat sini huhu

    ReplyDelete
  8. Kak ainy, bila nak p Melaka lagi ni, teringin nak rasa mango float tu,emmmmm.jom la plan lagi nanti

    ReplyDelete
  9. sedap lah pulak tgk air tu. blh cuba lepas ni klu pegi melaka

    ReplyDelete
  10. ekceli tempat ni tak jauh dari exit tol air keroh kan. So, boleh la singgah lagi nanti. Air dia pekat tuuuu... sedappp

    ReplyDelete
  11. sedapnyaaaa nampaK! tapi jauhh hrmnmm

    ReplyDelete
  12. wah sedapnya... kena try nanti ni bila datang melaka...

    ReplyDelete
  13. ada tgk rmi blogger update psl mango float royale ni ...tk kesempatan lg nk try

    ReplyDelete