Followers:

Jan 22, 2018

5 Permainan Paling Menarik di Bangi Wonderland yang Perlu Anda Cuba


Bila sebut Bangi Wonderland, mesti ramai yang sudah tahu berkenaan dengan salah satu taman tema air di Malaysia yang telah dibuka hampir 2 tahun ini. Hari ini Ainy bukan nak kongsikan pada anda berkenaan penubuhannya kerana Ainy yakin yang anda cukup tahu berkenaannya tapi Ainy nak kongsikan kepada anda tentang 5 permainan paling menarik yang terdapat di Bangi Wonderland. 5 tau! Di Bangi Wonderland ni terdapat 16 permainan kesemuanya tapi 5 permainan yang Ainy nak kongsikan ini adalah yang palingggggg menarik dan yang perlu anda cuba bila ke Bangi Wonderland. Apa permainan itu ya?

Anda perlu baca dahulu perkongsian Ainy ini sebelum merancang ke sana. Nanti rugilah terlepas permainan yang hebat dan yang paling menarik ini. Okay let's start!

1) Kid's Adventure



Ini adalah permainan pertama yang anda akan lihat bila anda memasuki pintu utama Bangi Wonderland. Dengan keluasan tempatnya yang sangat besar, anda tak perlu risau lagi untuk berebut tempat dengan penghuni yang lain. InshaAllah banyakkkkk ruang untuk anda dan anak-anak selit bermain di kawasan ini. Konsep dekorasi kapal lanun dan kubu ini pasti memberi kelainan buat anda dan anak-anak. Selain itu, dapat memberi pembelajaran baru buat anak-anak anda sewaktu bermain yang mana mereka akan berusaha menahan kubu dan kapal dari jajahan lanun. Menarik kan?

2) Water Cannon



Ini permainan air yang pertama Ainy pernah jumpa dan menarik juga kerana di sini anda akan ‘diterbangkan’ dan menyelam di dalam kolam air yang sejuk dengan Water Cannon. Bagaimana ianya boleh terbang, itu anda perlu mencubanya sendiri.

3) Magic Funnel




Magic Funnel ini antara yang paling mencabar dan sesuatu yang baru juga untuk anda. Di sini anda akan menaiki tiub yang boleh memuatkan 4 orang dalam 1 tiub dan digelongsorkan dari corong yang paling atas yang sangat curam. Di situ anda akan gelongsor ke bawah corong yang semakin sempit sebelum memasuki penghujung kolam air yang terdapat di bawahnya. Boleh bayangkan tak bagaimana? Dengan kelajuan luncuran dari platform yang tinggi pasti memberikan anda pengalaman yang lain dari permainan biasa yang anda pernah cuba.

4) Wonder Loop



Di Wonder Loop dengan graviti dan pelinciran dari air, anda akan dilepaskan dari platform yang sangat tinggi dengan keadaan slide yang menegak ke bahagian bawah. Kemudian anda akan gelongsor laju memasuki slide tertutup yang mempunyai rekaan yang unik dan berpusing-pusing. Ini akan memberikan 1 pengalaman mencabar tapi menyeronokkan buat anda.

5) Boomeriang



Ini pula permainan yang mempunyai slide yang berpusing-pusing yang bila anda menggelongsor dari platform yang tinggi boleh membuatkan anda menjerit dalam ketakutan dan enjoy dalam masa yang sama. Ini kerana anda akan bergelongsor sendiri mengikut bentuk slidenya yang unik. Malah slide ini terbuka dan pasti memberikan 1 pengalaman yang mencabar buat anda yang sukakan aktiviti mencabar seperti ini.

Sudah cukup perkongsian Ainy berkenaan 5 permainan paling menarik yang anda perlu cuba di Bangi Wonderland. Walaupun mencabar tapi Ainy sarankan untuk anda mencubanya walaupun sekali supaya ianya memberi 1 pengalaman yang baru buat anda yang tidak biasa dengan aktiviti-aktiviti seperti ini. Moga dengan perkongsian Ainy ini membantu sedikit sebanyak menambahkan maklumat untuk anda yang merancang bercuti ke Bangi Wonderland. Untuk maklumat lanjut berkenaan harga dan lain-lain, anda boleh hubungi pihak Bangi Wonderland di bawah okay:

BANGI WONDERLAND THEME PARK

7 comments:

  1. Oooo pergi tak ajak kita tau. Apapon besar jugak tmpat ni. Banyak ride yang best2 . Nanti boleh pergi ni. Ajak budak 2 ni. Tak jauh dah

    ReplyDelete
  2. bestnya tengok warna warni Bangi Wonderland . Tak sabar nak pergi nanti, last week family pergi tak sempat join hahaa

    ReplyDelete
  3. Wah...makin meriah Bangi sekarang. Tak sabar nak pindah dok Bangi.

    ReplyDelete
  4. dekat je tapi biasa la, kalau dekat ni memang payah nak pi. One day kena gi gak ni tp nak naik slide tu mcm berpikir 10x gak... hahahahah

    ReplyDelete
  5. tk smp lg waterpark ni..ada bc geng blogger review pegi sini..menarik juga..ada kesempatan bole try nanti

    ReplyDelete
  6. walaupun blakang rumah je ahahah tapi tak sampai2 lagi..

    ReplyDelete