Followers:

Nov 13, 2017

Staycation yang Penuh Aktiviti Menarik di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor


STAYCATION YANG PENUH AKTIVITI MENARIK DI DE PALMA ECO RESORT, KUALA SELANGOR | Assalamualaikum semua. Baru-baru ni Ainy berpeluang staycation di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor. Kenapa Ainy pilih De Palma Eco Resort, Kuala Selangor sebab memang Ainy nak 'lari' jauh sikit dari kesibukan kota. Jadi memang sesuai sangat Ainy pilih De Palma Eco Resort kat Kuala Selangor ni sebab konsep resort ni pun 'back to nature'.

Dalam banyak-banyak jenis chalet dan vila yang ada di De Palma Eco Resort ni, Ainy pilih chalet sebab lebih privacy. Chalet pun jenis sebiji-sebiji macamtu tapi bersebelahan. Tak silap Ainy ada 48 chalet dan 12 vila kat sini dengan rekaan dalamnya yang moden. Nampak je luar macam biasa tapi bila masuk dalam, rasa selesa sangat.







Kemudahan di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor


Selain dengan kemudahan dalam bilik yang serba lengkap, di dalam kawasan De Palma Eco Resort ni juga ada kemudahan seperti;

1) Surau


Setiap waktu solat, akan ada imam yang laungkan azan. Memang muslim friendly sangat kat sini. Lepastu kita boleh solat berjemaah sekali dengan ima. Kebiasaanya memang ramai jugalah yang sertai solat berjemaah di kalangan tetamu dan juga di kalangan pekerja resort sendiri.

2) Swimming Pool


Selain tu untuk sesiapa yang bawa anak-anak, boleh mandi-manda kat swimming pool di sini. Swimming pool pula besar lepastu ada dua (2) bahagian; untuk dewasa dan kanak-kanak. 



3) Restoran


Ini tempat yang Ainy paling suka sebab restorannya besar dan boleh muat dalam 150 orang dalam satu-satu masa. Lepastu menu makan pagi pun banyak dan sedap. Ainy tengah taip ni pun sambil teringat menu kat sana. Dari dessert, air, menu utama semuanya sedap. Ainy makan bertambah ha tiap hari.




Aktiviti yang Boleh di Buat di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor


Semasa Ainy ke sana, Ainy berpeluang cuba banyakkk aktiviti menarik di dalam De Plama Eco Resort tu sendiri. Pendek kata; tak bosan langsung masa Ainy pergi tu sebab banyak rupanya aktiviti menarik yang boleh dibuat, antaranya;

1) Menunggang Kuda


Ini pertama kali dalam seumur hidup Ainy cuba tunggang kuda. Takut juga pada awalnya tapi bila dah satu (1) pusingan, alhamdulillah dah boleh biasakan diri. Mereka ada dalam dua (2) ekor kuda; 1 kecil dan 1 lagi yang jenis besar sikit. Yang kecil tu sesuailah untuk bagi anak-anak kecil tunggang dan Ainy cuba naik yang besar.



2) Zumba


Zumba ni pula ada dibuat setiap hari Ahad dan dibuka kepada semua. Constructor dari luar dijemput khas untuk lead zumba yang disediakan. 



3) Tele-match





4) Team Building



Menarik kan? Dan sebenarnya ada banyak lagi aktiviti menarik yang dapat dibuat di De Palma Eco Resort, Kuala Selangor ni tapi ini antara sebahagian darinya yang Ainy sempat cuba. Apa pun pada pendapat peribadi Ainy sendiri, percutian / staycation di De Palma ni sangat-sangat best. Tenang sebab jauh dari kota tapi tak sunyi sebab terisi dengan banyak aktiviti menarik. InsyaAllah sekiranya direzekikan masa Ainy akan datang lagi nanti.

Bagi anda yang sukakan penginapan dan suasana yang seperti ini atau sedang mencari lokasi untuk team-building, Ainy cadangkan better ke sini. Hari-hari anda terisi dengan aktiviti yang menarik dan mencabar. InsyaAllah.

Terima kasih kerana membaca. 😅

7 comments:

  1. Ermmm, menarik jugak nih... Kalau bawak bebudak ok ker? Kalau gie satu family ok ker? Kos penginapan? Makanminum dah masuk sekali pakej ker? Ada website?

    Ehehehe... Byk tanya plak...

    ReplyDelete
  2. Nampak menarik la. boleh pergi nanti dengan family. done follow sis :)

    ReplyDelete
  3. Nampak gayanya kena Cuba juga lol ask ini.

    ReplyDelete
  4. Menarik..banyak aktiviti boleh buat kat sini. Bilik pun cantik untuk staycation.

    ReplyDelete
  5. pada mereka yang sukakan aktiviti nature memang sesuaila ke sini kan

    ReplyDelete
  6. menarik la aktiviti diaaa.. jom kita picnic air terjun kak ainyy!

    ReplyDelete
  7. Bawak anak anak mesti diorang seronok ni

    ReplyDelete