Followers:

Nov 4, 2017

Pengalaman Sertai Aktiviti 6th Mile Tunnel di Lost World of Tambun, Perak

PENGALAMAN SERTAI AKTIVITI 6TH MILE TUNNEL DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK | Siapa di sini yang suka dengan aktiviti lasak? Okay Ainy angkat tangan dulu boleh? Hehe. Ainy ni walaupun berpurdah tapi Ainy sangat suka buat sesuatu yang baru. Antaranya aktiviti lasak dan yang jadi pilihan Ainy kali ini adalah 6th Mile Tunnel di Lost World of Tambun, Perak.

Bila sebut tunnel je mesti anda terbayangkan terowong kan? Sebelum Ainy cerita lanjut salasilah terowong tu, Ainy ceritakan dulu cabaran-cabaran yang Ainy dan kawan-kawan perlu hadapi sebelum tiba di pintu 6th mile tunnel. Sangat mencabar tau!



Taklimat dan Kelengkapan Keselamatan


Sebelum Ainy dan kawan-kawan mulakan aktiviti ni, kami dibekalkan dengan kelengkapan keselamatan sepert head lamp, jaket keselamatan, air mineral dan coklat manis. Coklat manis ni sebenarnya untuk beri tenaga pada kami sepanjang beraktiviti. Lagi-lagi bila dah lepasi terowong sehala dengan jarak 3 batu, mestilah rasa lapar kan? Jadi untuk kembalikan semula tenaga untuk lepasi terowong balik, itu yang pihak Lost World of Tambun bekalkan coklat.

Kusyuk dengar taklimat dari pihak Lost World of Tambun.

Selain tu, pihak Lost World of Tambun, Perak juga ada beri taklimat ringkas berkenaan dengan keselamatan sepanjang beraktiviti supaya masing-masing alert dengan apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Ha yang ni penting tau supaya tak berlaku kejadian yang tak diingini.

Seberang Tasik dengan Menaiki Bot


Selepas dah selesai sesi taklimat ringkas tadi, kami menaiki bot untuk seberang tasik. Tapi kalau diikutkan kepada aktiviti asal, kemudahan bot ni sebenarnya tak disediakan. Jadi setiap orang sepatutnya berenang seberang tasik dengan menggunakan tali (rujuk gambar di bawah ni). Tapi mungkin sebab nak jimat masa sebab hari pun dah petang, jadi kami diberi layanan VIP sikit dari aktiviti asal. Haha.

Inilah bot yang kami naik tu.

Berjalan Kaki ke Lost World Adventure Park


Selepas sampai di seberang tasik, kami perlu berjalan kaki di kiri kanan rumah penduduk di sana. Masa ni kami dipesan supaya kawal suara dan behave supaya tak mengganggu penduduk setempat.

Jarak pejalan kaki untuk sampai ke Lost World Adventure Park ni tak berapa jauh pun sebenarnya. Tak silap Ainy cuma ambil masa dalam 5-10 minit perjalanan. Sepanjang jalan tu, Ainy dan kawan-kawan ambil peluang ni untuk nikmati persekitaran dan reka bentuk rumah-rumah mewah di sana. Siap cuci mata lagi! :P

Sikit saja lagi nak sampai dekat pintu masuk Lost World Adventure Park

Okay bila dah berjalan, tibalah di pintu masuk X-Camp yang mana di dalam ini lah terdapatnya laluan untuk masuk ke terowong enam batu atau 6th mile tunnel.

Akhirnya sampai selepas jalan kaki hampir 10-15 minit

Menyeberangi Kolam Berlumpul


Ini salah satu fasa yang pada Ainy mencabar sebab kolam yang Ainy dan kawan-kawan perlu seberang tu kolam yang berlumpur. Pendek kata; Ainy sendiri tak tahu apa yang ada dalam kolam tu. Gelap! Lepastu Ainy pula tak dibenarkan untuk berjalan secara berdiri sebab tanahnya yang jerlus. Jadi kami perlu terapungkan badan macam dalam gambar di bawah ni dengan memegang tali yang disediakan. Masa ni macam-macam jugalah fikir apa ada kat dalam air tu kan? Haha.

Seberang secara berjemaah

Kalau anda tengok kat gambar atas ni, jarak dari kolam untuk sampai ke seberang jalan tak lah berapa jauh sebenarnya. Dan di seberang jalan tulah pintu terowong enam batu. Hah akhirnya sampai juga depan pintu terowong. Lega rasa! Tapi untuk lalui terowong tu, lain pula cabarannya tau.

Yeahh akhirnya sampai kat depan 6th mile tunnel

Belakang kami tulah pintu masuk tunnel tu

Melalui Terowong Enam Batu atau 6th Mile Tunnel


Muka memasing happy bila dah dapat lepasi kolam berlumpur. Haha tadi bukan main takut. Okay di depan pintu terowong ni, ada air yang lebih kurang dalam paras betis dan sangatlah sejuk. Bayangkan Ainy menyelusuri terowong dengan air yang sejuk macamtu. Lepastu bila dah masuk ke dalam sikit, air jadi makin tinggi sehingga ke paras pinggang. Tapi bila dah suku perjalanan, air jadi cetek dan paras buku lali saja. Jadi lebih memudahkan pergerakan sebenarnya bila air cetek ni.

Inilah suasana di dalam tunnel tu. Memang gelap. Kami jalan pun berpandukan head lamp yang kami pakai.

Sepanjang menyelusuri terowong tu, Ainy dan kawan-kawan dapat tengok sendiri pembentukan kristal. Ada yang dah matang dan ada juga yang masih dalam pembentukan. Sangat cantik dengan kilauan kristal yang bercahaya tu. Tapi Ainy dan kawan-kawan awal-awal lagi dah dipesan supaya tak pegang kristal tu sebab nanti akan mematikan pembentukan kristal tu sendiri. Sayanglah kan kalau dah mati.

Inilah kristal yang dah matang. Cantik kan?

Selain itu, di kiri kanan terowong juga ada banyak sangat kelawar yang terbang di sana-sini. Dah macam diorang berpesta pun ada! Masa ni juga kami dipesan supaya tak halakan head lamp secara terus sebab risau boleh membutakan mata kelawar. Kesian kelawar tu nanti.


 Sebenarnya terowong ini ada kisah dan mitos yang tersendiri. Rujuk dari cerita pihak LWOT, gua ini digunakan oleh pelombong zaman dahulu untuk seberang dari tempat Ainy tadi tu ke penghujung terowong. Asalnya terowong ni belum ada lorong pun lagi dan lorong ni dibuat sendiri oleh pelombong tu tadi bagi memudahkan laluan diorang untuk membawa hasil lombong. Gigih tak diorang ni? Sehinggalah pada tahun 1987, komunis datang dan menembak kesemua pelombong tadi tu. Sedih tak? Jadi selepas komunis tu ambil alih tempat tu dan mencuri semua hasil lombong. Ainy dapat tengok sendiri tempat yang mereka jadikan tempat persembunyian di kiri kanan gua ni.

Okay berbalik semula kepda cerita Ainy tadi, selepas kami melalui tunnel dengan jarak 3 batu alhamdulillah kami selamat sampai ke penghujung tunnel. Bahagianya rasa masa ni dan sesampai je kami rehat kejap dalam 30 minit dan bergambar semestinya.



Dan juga masa nilah kami makan bekal coklat manisan yang dibawa untuk tambahkan tenaga nak lalui tunnel 3 batu untuk keluar. Jujur cakap inilah aktiviti lasak yang Ainy rasa memang sangat mencabar. Alhamdulillah semuanya okay dan kami selamat keluar dan balik semula ke tempat glamping.

Untuk info lanjut berkenaan harga pakej dan lain-lain, anda boleh contact terus dengan pihak Lost World of Tambun, Perak.

Facebook: facebook.com/lostworldoftambun
Instagram: instagram.com/sunwaylostworldoftambun
Website: http://sunwaylostworldoftambun.com/glamping/

Terima kasih sudi baca blog Ainy.

No comments:

Post a Comment