Followers:

Nov 21, 2017

Dua (2) Tarikan Baru di Lost World of Tambun, Perak


DUA (2) TARIKAN BARU DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK | Bila sebut saja Lost World of Tambun, mesti anda terbayangkan taman tema yang besar dan menyoronokkan? Tapi sekarang ada dua (2) tarikan baru yang terdapat di dalam Lost World of Tambun yang pasti menamahbahkan keseronokan bila anda berkunjung ke Lost World of Tambun nanti, antaranya:

1) Hippo Kingdom


Hippo Kingdom ni terletak jauh ke dalam sikit berbanding dengan tarikan yang lain sebab ianya terletak di dalam Lost World Adventure Park, bersebelahan dengan glamping. Apa yang menariknya, hippo kat sini diberi nama Juwita. Comel je. Kalau anda nak tengok Juwita ni dengan lebih dekat, anda perlu turun ke bahagian Underwater View (rujuk gambar bawah ni).

Pintu masuk ke Hippo Kingdom.


Laluan nak tengok Juwita secara dekat.

Ini lah Juwita.

Fakta menarik tentang Juwita ni, dia akan naik ke dasar air setiap lima (5) minit sekali untuk bernafas. Lepastu makan sebanyak 15kg sayur-sayuran setiap kali makan dan membuang air besar sebanyak 12kg sehari. MashaAllah punyalah banyak makan. Patutlah badan dia besar gedabak. Haha.

Di dalam Hippo Kingdom ni selain anda boleh tengok Juwita, anda juga boleh tengok haiwan yang lain seperti rusa, buaya dan lain-lain.




Ainy tertarik dengan rusa kat sini sebab rusa tu dibiarkan je bebas berjalan-jalan di dalam kawasan Hippo Kingdom. Jdi pengunjung boleh pegang, bagi makan dan bergambar dengan rusa dengan lebih dekat. Ainy pun tak terkecuali bagi rusa makan walaupun takut-takut. Haha. Tapi jangan risau sebab rusa kat sini memang jinak dan baik-baik semuanya.

Nampak tak posisi Ainy berdiri tu jauh je dari rusa. Tak berani nak dekat. Hehe.

2) Sarapan di Wetland


Selain anda berpeluang untuk sarapan di hotel, anda juga dapat request dengan pihak Lost World of Tambun untuk sarapan di Wetland. Konsep sarapan ni berkonsepkan alam semulajadi sebab dikelilingi dengan gua yang dah bertahun lamanya. Orang kata; back to nature.




Dah lah suasana tenang lepastu menu sarapan pun ala-ala sihat gitu sebab semuanya berkonsepkan sayur dan buah-buahan.




Tak silap Ainy, kalau anda nak buat tempahan sarapan di Wetland ni anda kena ada minimum group dalam 30 orang. Lepastu tempahan sarapan ni dibuka untuk sesiapa saja tak kiralah anda stay kat Lost World of Tambun ataupun tidak. Ha menarik tak?  Dapatlah nikmati udara segar pagi yang nyaman kat sini.

Kedua-dua tarikan ni salah satu (1) usaha pihak Lost World of Tambun untuk memberikan yang terbaik buat semua pengunjung yang ke sini. Bila ada merancang untuk ke sini suatu hari nanti, pastikan yang anda tak terlepas peluang untuk terokai Hippo Kingdom ni okay. Rugilah datang tapi tak cover semua tempat kan?

Moga entry Ainy ni bermanfaat. Terima kasih sudi baca blog Ainy.

5 comments:

  1. Wahhh... Rindunya glamping di sini! Memang pengalaman cukup unik dan menarik! Btw, lawalah gambar2 Kak Ainyy! :)

    ReplyDelete
  2. Cantiknya. Inshallah nak juga ke sini jika Ada kesempatan Masa cuti kelak.

    ReplyDelete
  3. Sis, kita seronok jumpa Juwita tu. comel..
    Breakfast tu pon best jugak :D

    ReplyDelete
  4. best kan pi LWOT ni. banyak attraction baru. Dengar kata sekarang pun ada lagi yg terbaru. Bila la nak pegi lagi. Nak jumpa juwita.. hehe

    ReplyDelete
  5. Wah dah lama tak masuk Lost World ni...nanti boleh bawa anak anak tgk hippo sini

    ReplyDelete