Followers:

Aug 23, 2017

Glamping di Lost World of Tambun, Perak


GLAMPING DI LOST WORLD OF TAMBUN, PERAK | Assalamualaikum. Ainy nak tanya ni, anda pernah dengar tak perkataan 'glamping'? Glamping ni datangnya dari perkataan; glamour and camping. Maksudnya yang lebih jelas lagi ialah menginap di khemah yang berkonsepkan glamour. Boleh bayang tak macamana rupa khemah tu? Okay jom baca pengalaman Ainy ketika glamping di Lost World of Tambun, Perak.

 
Glamping di Lost World of Tambun, Perak
 

Ini sebenarnya kali kedua Ainy menginap di glamping yang terdapat di Lost World of Tambun, Perak. Tapi masa mula-mula Ainy pergi dulu, masih terdapat beberapa bahagian yang belum siap seperti tandas awam dan bilik mandi. Ha kali ni Ainy pergi, semuanya dah siap! Tandas dan bilik mandi lebih dekat dengan tapak glamping tu sendiri.

Glamping ni terletak di dalam taman tema Lost World of Tambun, Perak sendiri dan terletak di bahagian paling hujung sekali. Anda perlu berjalan kaki sedikit masuk ke dalam baru lah anda akan menjumpai tapak glamping ni. Malah di kiri kanan tapak glamping ni di kelilingi oleh hutan dan limestone yang dah berusia 400 tahun lamanya. Di salah satu bahagian pula ada tasik kecil yang boleh dijadikan tempat untuk beraktiviti air. Sangat privacy tempatnya dan tenang.

Gambar sekitar tapak glamping. Belakang tu hutan belantara tau! Sunyi je bila waktu malam. Bukan sunyi yang menakutkan tau tapi sunyi yang menenangkan.

Ini pula tasik yang Ainy maksudkan tadi. Ada pelbagai aktiviti air yang anda boleh buat di sini. Terdapat juga satu khemah terapung di sini. Menarik!

Apa yang lagi menariknya, di dalam glamping ni sendiri penuh dengan barang keperluan yang kita perlukan bila pergi bercuti. Saiz khemahnya bukan macam khemah biasa yang kita pergi untuk kem jati diri kat sekolah dulu tu tau. Ini istimewa sikit sebab boleh muatkan banyak barang, antaranya; 1 katil saiz king, 2 katil saiz single, kipas, plug socket, tuala, tempat sidai baju dan banyak lagi. Dah macam menginap di hotel pun ya juga. Semua dah tersedia! Anda tinggal datang bawa baju sahaja.
Sebelum Ainy cerita lanjut berkenaan persekitaran di tapak glamping ni, anda layanlah dulu gambar Ainy kat bawah ni.

Ini salah satu katil yang terdapat dalam khemah. Besarrrr kot! Saiz king pula tu. Selesa betul.

Ini pula bahagian lagi satu. Ada dua katil saiz single dan siap ada cermin panjang lagi.

Ini pula sudut tengah khemah. Ada dua biji kipas yang menghala tiap bahagian khemah supaya memasing dapat rasa kipas dan tidur dengan aman. Hehe.

Barang mandian pun lengkap dengan sabun dan shampoo sekali. Air mineral pun dibekalkan juga untuk setiap khemah.

Almari kecil tempat simpan barang pun ada dan Ainy buat tempat simpan barang-barang makanan masa ni.

Plug socket pun ada juga. Tapi macam Ainy haritu Ainy siap bawa wayar extension lagi. Senang tak berebut bila semua orang nak guna plug dalam satu-satu masa kan.

Rak kasut pun ada di luar khemah. Boleh susun kasut atau selipar elok-elok kat sini supaya tak bersepah.

Penyidai baju pula ada kat bahagian luar khemah. Nak sidai baju basah lepas beraktiviti tu sesuai sangatlah kat sini. Esok pagi bangun, baju dah kering dan dah boleh guna lagi hari berikutnya. Jimat baju dan ruang dalam beg.

Menarik tak? Anda mesti tak percaya kan dalam khemah pun ada semua benda-benda ni. Lengkap! Tak payah pening kepala lagi nak bawak macam-macam dari rumah dan boleh bercuti dengan aman damai. Hehe.

Bila konsep khemah macamni, tandas dan bilik mandi biasanya kita perlu kongsi dengan penyewa glamping yang lain. Tapi anda tak perlu risau sebab tandas dan bilik mandi pun dah macam tandas dan bilik mandi dalam hotel. Mewah! Tak percaya? Ha tengok gambar Ainy kongsikan kat bawah ni.

Gambar tandas dari luar. Ada cermin besar kat depan tu dengan sinki panjang. Boleh cuci muka dan gosok gigi secara berjemaah. Hehe.


Ini pula gambar bilik air dari luar. Sebelah saja dengan tandas tadi.

Siap ada water heater lagi. Lepastu shower dia pun best!

Ada tiga ruang bilik mandi dan biasanya memang tak ramai orang pun guna. Jadi jangan risau sebab memang tak akan berebut. Hehe.

Ini pula ruang sinki dalam bilik mandi. Bersih dan nampak mewah kan.?

Tandas dan bilik mandi ni tak jauh pun dari tapak glamping. Jadi tak perlu risau kalau tetiba rasa nak pergi tandas pada waktu malam - boleh je pergi. Sebab ada spotlight besar kat kawasan glamping ni. Jadi kiri kanan pun terang benderang. Ha kalau takut juga, boleh ajak kawan-kawan sekali teman.

Pada Ainy, glamping ni bukan saja sesuai untuk gathering kawan-kawan tapi juga untuk keluarga. Ramai sebenarnya keluarga yang mempunyai anak kecil yang menginap di sini sebab mereka jadikan glamping ni salah satu tempat untuk beri pendedahan luar pada anak-anak mereka. Kat sini anak-anak bebas beraktiviti luar dengan selamat.

Harga pakej untuk glamping ni ada dua jenis;
1) RM438 untuk 2 dewasa
2) RM588 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak

Pakej dah termasuk dengan 1 malam penginapan di glamping, sarapan pagi dan tiket masuk (tanpa had) ke taman tema Lost World of Tambun, Perak. Bagi tambahan orang, anda cuma perlu membayar RM120 untuk dewasa dan RM105 untuk kanak-kanak.



Berbaloi tak? Pada Ainy yang dah dua kali ke sini, memang sangat-sangat berbaloi sebab Ainy dapat rasai sendiri pengalaman menginap di khemah yang berkonsepkan glamour. Bukan semua tempat tau ada konsep yang macam ni.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pakej glamping, boleh hubungi pihak Lost World of Tambun, Perak di;

Facebook: facebook.com/lostworldoftambun
Instagram: instagram.com/sunwaylostworldoftambun
Website: http://sunwaylostworldoftambun.com/glamping/


Terima kasih sudi membaca blog Ainy.

3 comments:

  1. Nampak lain dari yang lain. Kalau bawak kids sesuai tak yer?

    ReplyDelete
  2. wah..bestnya..LN teringin nak bermalam kat tempat mcm ni..tp takde kwn..

    ReplyDelete
  3. kita suka campign macam ni. nak2 pulak kalau pakej ada taman tema skali kan

    ReplyDelete