Followers:

May 11, 2017

Perhentian Kravers: Tawar Pakej Percutian Murah ke Pulau Perhentian


Bila sebut saja Pulau Perhentian, semua orang dah mula terbayangkan air nya yang kebiruan, pantai yang bersih dan pemandangan yang menarik. Ainy juga tak terkecuali. Memandangkan minggu ni Ainy dan team Ainy akan ke sebuah pulau jadi Ainy tertarik nak kongsikan Pakej Murah ke Pulau Perhentian dari agensi pelancongan Perhentian Kravers.

Perhentian Kravers menawarkan pakej percutian untuk orang ramai terutamanya kepada pelancong dari dalam negara dan kini terbuka kepada setiap individu, keluarga mahupun badan korporat di Pulau Perhentian, Terengganu, Malaysia. Apa yang menariknya, destinasi percutian yang ditawarkan akan meliputi Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar. Dua-dua terus dapat cover tau!

Pakej percutian yang ditawarkan oleh Perhentiankravers akan pastinya menjadi sebuah kenangan manis yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh para pengunjung setelah berseronok menikmati keindahan alam serta ketenangan laut Cina Selatan yang terbentang luas dan aman serta di penuhi dengan pelbagai hidupan laut yang berwarna-warni serta pemandangan yang memukau di sepanjang percutian mereka.

Selain itu, Perhentiankravers juga telah berusaha dengan jayanya dalam mengatur tentatif program yang menarik serta bersesuaian kepada para pengunjung yang hadir. Ini bagi memastikan percutian para pengunjung tidak disia-siakan dan dimanfaatkan dengan sebaiknya bermula dari langkah pertama pengunjung memijakkan kaki mereka di pantai berpasir putih dan lembut di Pulau Perhentian.

Bagi keselesaan dan ketenangan para pengunjung dalam merancang percutian mereka, Perhentiankravers telah menyediakan beberapa jenis pakej yang mana para pengunjung boleh membuat pilihan mengikut kepada cita rasa, kesesuaian dan “budget”masing-masing kerana pada Perhentiankravers, semua orang mampu untuk merasai percutian idaman mereka. Disamping itu juga, Perhentiankravers juga boleh mengaturkan sebarang percutian atau program yang perlu di “taylor-made” megikut kepada kehendak dan kesesuaian pengunjung. Ha menarik tak? Korang ada duit ke tak ada duit ke, semua boleh bercuti. Boleh pilih saja pakej-pakej yang ditawarkan mengikut bajet korang.

Bersama Perhentiankravers, korang akan dilayan dengan baik dari proses tempahan sehinggalah korang sampai ke jeti Kuala Besut untuk memulakan perjalanan ke Pulau Perhentian.

bot laju Perhentiankravers.

Untuk makluman korang, Perhentiankravers merupakan satu-satunya bot di Pulau Perhentian yang dicat dan dihias cantik. Sudah pasti korang akan teruja melihat bot jerung ini tiba di jeti Kuala Besut untuk menjemput korang dan para pengunjung yang lain ke Pulau Perhentian. Dengan kekuatan enjin 250 kuasa kuda, korang akan meluncur laju membelah lautan dan akan tiba di Pulau Perhentian dalam tempoh 20-30 minit sahaja.

Setibanya pula di Pulau Perhentian, korang akan dibantu oleh krew Perhentiankravers bagi proses check-in dan penyimpanan barang sementara menunggu waktu check-in di resort mahupun chalet mengikut jenis pakej yang korang ambil.


Kat bawah ni, Ainy nak terangkan berkenaan dengan tentatif program selama tiga (3) hari korang ke Pulau Perhentian bersama Perhentiakravers.

HARI PERTAMA:

Perhentiankravers akan membawa korang mendaki tempat yang menjadi tumpuan ramai iaitu kincir angin. Pendakian ini akan mengambil masa sekitar 40 minit untuk ke puncak dan 40 minit untuk menuruni bukit. Bagi yang tak pernah hiking, jangan risau kerana Perhentiankravers menyediakan khidmat 'guide' sebagai penunjuk aras dan membantu sepanjang pendakian. Selain itu, Perhentiankraver juga sangat prihatin dengan menyediakan peralatan 'first aid kit' yang lengkap beserta dengan walkie-talkie bagi memudahkan komunikasi antara korang dengan 'guide' sekiranya terdapat sebarang permasalahan. Aktiviti pendakian ini memerlukan sedikit kekuatan fizikal dan mental tapi sebaik sahaja korang tiba di puncak segala penat lelah korang akan hilang kerana pemandangan di atas puncak yang indah dan mendamaikan pada ketinggian 150 meter dari paras air.



Selepas pendakian berakhir sekurang-kurangnya jam 4 petang, korang bebas melakukan aktiviti lain seperti berkayak, mandi pantai dan lain-lain.

HARI KEDUA:

Antara hari-hari yang dinantikan oleh para pengunjung yang menyertai pakej Perhentiankravers, adalah hari kedua kerana korang akan di bawa untuk snorkeling ke lima (5) lokasi di Pulau Perhentian Besar dan Kecil. Aktiviti snorkeling ini bermula jam 10.30 pagi hingga jam 5 petang yang mana Perhentiankravers juga menyediakan hidangan makan tengahari untuk korang ketika berehat di Kampung Nelayan.

Bagi yang pertama kali snorkeling, korang tak perlu risau kerana Perhentiankravers sangat menitikberatkan keselamatan sepanjang sesi snorkeling. Korang akan diberikan dengan kelengkapan snorkeling yang selengkapnya supaya keselamatan korang terjamin disamping dapat menikmati keseronokan snorkeling pada tahap yang semaksima mungkin.


Apa yang menariknya, Perhentiankravers menyediakan perkhidmatan 'snorkeling guide' profesional yang akan memantau dan melayani korang sepanjang trip. 'Snorkeling guide' yang bertugas juga adalah 'underwater photographer' yang akan merakam gambar-gambar semasa korang snorkeling di Pulau Perhentian.

Antara tempat snorkeling yang bakal korang pergi adalah:
1) Turtle Beach atau Tiga Ruang
2) Turtle Point
3) Shark Point
4) Kampung Nelayan (rehat/solat/makan tengahari)
5) Lighthouse
6) Romantic Beach

'fish feeding' di Turtle Beach
berenang secara dekat bersama penyu di Turtle Point.
aksi mendebarkan 'snorkeling guide' bersama jerung di Shark Point.
Kampung Nelayan di mana korang akan berhenti makan tengahari, solat dan rehat.
Lompatan dari ketinggian 10 meter dari Lighthouse dan di sini juga terletaknya coral yang paling cantik di Pulau Perhentian.
Lokasi terakhir iaitu Romantic beach yang mana di sini korang boleh mandi manda dengan kedalaman air paras pinggang.
Di Romantic Beach juga terkenal dengan Nemo dan juga 'Baby Stringray'.
Selesai sesi snorkeling, korang akan dibawa menikmati keindahakan matahari terbenam yang sunggub mendamaikan dengan berlatar belakangkan langit dan lautan seluas saujana membiru kekuningan emas. Bestnya! Dapat snorkeling, lepastu dapat tengok sunset.


Mengikut pada pakej yang korang ambil, Perhentiankravers juga ada menyediakan hidangan 'barbeque' sebagai juadah istimewa makan malam di Pulau Perhentian.

Antara menu makan malam.
Selesai makan makan, korang boleh ambil peluang berjalan-jalan ke Longbeach yang mana terdapat pelbagai hiburan muzik dan persembahan api di sana. Ini kerana Longbeach sangat terkenal dengan satu-satunya 'Night Life and Beach Party' di Pulau Perhentian.

Suasana kemeriahan persembahan api di Longbeach.

HARI KETIGA:

Pada hari terakhir adalah hari korang bertolak pulang ke destinasi masing-masing. Tapi yang menariknya kalau korang ambil pakej dari Perhntiankravers, korang boleh pilih masa jadual bot. Ini kerana Perhentiankravers menyediakan 3 kali perjalanan bot iaitu pada jam 8 pagi, 12 tengahari dan 4 petang. Jadi kalau korang yang masih belum puas berjalan-jalan di Pulau Perhentian boleh mengambil perjalanan bot yang lambat sedikit. Bolehlah beraktiviti lagi di Pulau Perhentian sebelum balik kan.

Setibanya di jeti Kuala Besut, korang berkesempatan membeli belah cendemata di yang dijual di sepanjang jeti. Boleh bawa balik untuk keluarga dan kawan-kawan. Bagi yang menaiki bas pula, Perhentiankravers menyediakan ruang rehat atau 'lounge' di ruang pejabat Perhentiankravers yang terletak berhampiran dengan jeti sementara menunggu ketibaan bas.


Hah menarik tak? Ainy ni ha rasa nak pergi sekarang juga ke Perhentian. He2. Takpe sabar dulu Ainy, tunggu hari Ahad nanti. InsyaAllah. Apa-apa pun Perhentiankravers menjanjikan suatu pengalaman percutian yang menyeronokkan untuk korang. Pendek kata; 'value of money'. Untuk makluman korang juga, musim bagi percutian di Pulau Perhentian bermula pada bulan Februari sehingga Oktober dan selebihnya ditutup kerana angin monsoon yang melanda pulau. Oleh itu, Ainy sarankan korang untuk membuat tempahan seawal mungkin bagi mengelakkan bilik penuh dan lain-lain. Ha maklumat lanjut berkenaan pakej, korang boleh hubungi terus pihak Perhentiankravers okay.

PERHENTIANKRAVER TRAVEL & TOURS SDN BHD
Hotline: 019-910 0986
Instagram: @perhentiankravers
Facebook: Perhentian Kravers
Emel: hai.perhentiankravers@gmail.com

Pakej Perhentian
Pakej Pulau Perhentian 
Pakej Pulau Perhentian Murah
Pakej Pulau Perhentian 2017
Pakej Pulau Perhentian Kecil 
Pakej Murah Pulau Perhentian 

Bercuti di Pulau Perhentian 
Pulau Perhentian Kecil 
Pulau Perhentian Besar 
Perhentian Island 
Perhentian Islands
Pulau Perhentian 
Perhentian Kecil

Pakej 3 hari 2 malam Pulau Perhentian 
Pakej Bajet Perhentian 2017
Pakej Percutian Pulau Perhentian
Pakej Honeymoon di Pulau Perhentian
Pakej Pulau Perhentian untuk 2 orang
Pakej Perhentian Berkumpulan 
Promosi Pakej Pulau Perhentian

pulau perhentian package 
pulau perhentian blog
tempat menarik di pulau perhentian
pulau perhentian chalet murah
pulau perhentian hotel
pulau perhentian resort
perhentian islands hotel
perhentian islands how to get there⁠⁠⁠⁠

2 comments:

  1. singgah n follow sini.. ^^

    http://www.mohdnoorshawals.com/

    ReplyDelete
  2. wah gambar semua cantik2.. suka suka.. and shark tu eerm.. kalo CT kat Shark Bay duduk atas bot je la kot heheheh.. yang terjun tu bestnya !!

    ReplyDelete