Followers:

May 23, 2017

Media Prima Digital: Kempen #SeringgitSeribuKebaikan Dilancar beri Peluang Rakyat Malaysia Kongsi Rezeki

Baru-baru ini di Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan (JJCM) turut melancarkan kempen kebajikan yang diberi nama Kempen #SeringgitSeribuKebaikan. Kempen ini sebenarnya dilancarkan bagi memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki dengan memberikan sumbangan ikhlas serendah RM1, RM3, RM5 dan RM10. Mungkin nilainya kecil pada mata kita tapi besar pada mata mereka yang memerlukan.

Antara gambar sesama sesi Q&A di Majlis Pelancaran Aplikasi Jalan Jalan Cari Makan dan juga pelancaran Kempen #SeringgitSeribuKebaikan
Untuk makluman, hasil sumbangan yang korang dermakan itu akan digunakan untuk membiayai hidangan berbuka puasa untuk 4 buah rumah kebajikan terpilih sepanjang Ramadhan yang akan datang. Dengan mengambil konsep makanan sebagai keperluan asas setiap insan, #SeringgitSeribuKebaikan mahu memberi peluang kepada anak-anak ini untuk turut sama menikmati juadah istimewa yang akan disediakan oleh 20 restoran dan food truck terpilih. Apa yang menariknya, setiap rumah kebajikan yang terpilih akan menerima tajaan hidangan berbuka puasa selama 5 hari iaitu bermula hari Isnin sehingga Jumaat, selama 4 minggu sepanjang Ramadhan.

Selain itu, skuad #SeringgitSeribuKebaikan akan ke negeri Terengganu dan Johor bagi menyampaikan sumbangan dari kempen #SeringgitSeribuKebaikan ini ke 2 buah rumah kebajikan terpilih di negeri tersebut pada 3 dan 10 Jun 2017. Allahu Ainy dapat rasakan kegembiraan di wajah anak-anak ini bila dirai dengan makanan yang sedap-sedap berbuka nanti.

Kepada korang yang nak berkongsi sedikit rezeki yang korang ada, boleh gunakan 2 cara ini:

1) Aplikasi JJCM
2) Laman sesawang; www.CJWowShop.com.my

Cari poster ini di laman sesawang www.CJWowShop.com.my dengan tajuk; Tabung Ramadhan JJCM. Selepas tu korang follow je step-step yang ditunjukkan kat situ okay. Senang je.
Selain itu, Ainy dapat tahu yang pihak Mamee Double Decker juga bermurah hati menyumbang barangan Mamee untuk anak-anak bertuah terpilih nanti. Alhamdulillah. Kempen ini sebenarnya telah berlangsung dari 1 Mei haritu dan akan tamat pada 31 Mei 2017. Jadi sementara masih sempat ni, jom sama-sama kita menyumbang. Moga Allah kira. Amin.

1 comment: