Followers:

Apr 26, 2017

ERYA by Suria: Penjenamaan dan Perlantikan Saharul Ridzwan sebagai Duta Korporat


Assalamualaikum semua.

Baru-baru ni Ainy terima jemputan ke Majlis Penjenamaan Suria, Sidang Media dan Perlantikan Duta di Suria Resort, Bentong Pahang. Program yang selama 2 hari 1 malam ni memang sangat menarik sebab terdapat banyak aktiviti yang Ainy, rakan blogger dan media yang lain buat, antaranya; treasure hunt, sesi memasak bersama duta baru dan banyak lagi.


Ainy sendiri dah lama bersama dengan Hotel Suria sebenarnya sebab Ainy bekerja dalam bidang pelancongan jadi salah satu Hotel Suria di Johor Bahru tu dah macam jadi rumah kedua Ainy. Setiap customer Ainy yang nak ke Singapura dan ke Johor Bahru sendiri, Ainy akan letakkan di Hotel Suria Johor Bahru. Harga berpatutan sangat.

Sekarang ni bila Hotel Suria nak buat penjenamaan semula nama hotel mereka, Ainy tertarik juga nak tahu. Ha sekarang ni dah tak boleh panggil Hotel Suria lagi dah, nama barunya; ERYA by Suria. Jadi semua cawangan hotel di Malaysia dan satu di luar negara iaitu London juga bertukar nama. Sedap juga namanya, macam sesuatu sangat bila sejuk ERYA.



ERYA by Suria ni adalah simbolik kepada satu perubahan atau metamorphosis dengan rotma RIA merupakan penjenamaan transformasi dari tanda aras yang selasa je satu tanda aras yang menawarkan hospitaliti perhotelan yang lebih kompetetif.

Melalui perubahan fasa pertama ERYA by Suria ni, mereka mengambil berat direktif-direktif seperti;

1) Penjenamaan
2) Pembaharuan Korporat Logo artistik visual
3) Pemantapan dari segi perincian enam segmentasi pemasaran
4) Pemantapan latihan perindustrian dari segi teknikal dan vokasional melalui Suria Program
5) Perlantikan duta

Inisiatif perubahan ERYA by SURIA ni sebagai langkah untuk dapat menjadi Ikon Perhotelan Bumiputera. Selain itu, ERYA by Suria juga dari mula merupakan salah sebuah hotel berlandaskan patuh syariah. Sejajar dengan globalisasi "Ke arah Planet 21" dengan menggabungkan ciri-ciri Hotel Hijau atau "Green Hotel". Eco Muslim Hotel terma baru yang digabungkan melalui kedua gabungan di atas adalah direktif baru yang akan diterapkan dalam fasa pertama ini.

Pendekatan 'Eco-Sustainable hotel towards Planet 21' merupakan batu asas tatacara jenama hotel-hotel besar di serata dunia contohnya HILTON GROUP, ACCOR GROUP dan lain-lain lagi. 'Eco-Sustainable Hotel' akan ditetapkan secara berperingkat dengan mengambil kira pengurusan air, elektrik, kitar semula dan sebagainya. Melalui pendekatan Eco-Muslim Hotel, ianya dapat meningkatkan satu tanda aras strategi pemasaran, pengurusan dan juga dapat mengurangkan kos penyelenggaraan.

Direktif enam segmentasi pula akan mengambil langkah pemfokusan secara kolektif dan perincian kelebihan di setiap lokasi iaitu Merang, Cherang, Janda Baik, Bentong, Johor Bahru dan London. Enam segementasi yang ditawarkan adalah ERYA LUXY, ERY EXEC, ERYA FAMY, ERYA ENVI, ERYA SYLO dan ERYA CAMP. Sebagai contoh ERYA by Suria Johor Bahru dari segi kelebihan lokasinya terletak di tengah bandaraya Johor Bahru dan berhampiran dengan Kota Iskandar dan Singapura yang rata-ratanya tumpuan 'business traveler'. Oleh itu, dengan memfokuskan servis lengkap untuk seorang eksekutif di samping 'Value Added' perkhidmatan yang ditawarkan lengkap 'OFFICE on GO' infrastruktur seolah-olah berada di dalam bilik eksekutif. Melalui segmentasi ini, 'target market' akan lebih fokus dan dwifungsi segmentasi akan dapat meningkatkan jualan.

Direktif pembangunan ilmiah pula akan menitikberatkan program-program baru masa singkat yang lebih komprehensif dan kursus-kursus perhotelan yang lebih terperinci. Penambahan biasiswa dan siri anugerah kecemerlangan akan diberikan supaya dapat melahirkan pemangkin dan pelapis pengurusan hotel yang lebih efektif dan professional. Oleh itu ERYA by Suria menawarkan satu program yang diberi nama ERYA GRAD yang merupakan satu program aperantis khusus.

Selain itu, ERYA by Suria juga percaya dengan pendekatan sosial media dan penglibatan selebriti melalui beberapa program juga akan melengkapkan anjakan paradigma fasa pertama penjenamaan ini. Justeru, ERYA by Suria telah memilih selebriti yang mempunyai rating popular yang tinggi iaitu Saharul Ridzwan.


Transformasi ERYA by Suria perlu dilentur dan digilap melalui beberapa fasa perubahan yang dijangkakan tempoh matang sehingga 2025. Perubahan yang praktis, inovatif dan prespektif memberi nafas baru bagi ERYA by Suria agar lebih maju kehadapan. InsyaAllah.

Ainy doakan moga segala perancangan dari pihak ERYA by Suria berjalan dengan baik dan dipermudahkan. Amin. Terima kasih kerana menjemput Ainy.


Maklumat lanjut berkenaan ERYA by Suria, rujuk di bawah okay:

Hotline: 03-7806 4752
Instagram: @eryabysuria
Facebook: /eryabysuria
Website: www.suriaresorts.com

2 comments: