Followers:

Apr 26, 2017

Causeway Link: Melancarkan Travel Bus Pass untuk Kemudahan Berjalan-jalan di Johor Bahru


Assalamualaikum semua. By the way hari ini Ainy nak cerita pasal Johor Bahru. Siapa yang pernah pergi kedua-dua lokasi ini? Untuk makluman korang, banyak sangat tempat-tempat menarik di Johor Bahru yang kita semua boleh pergi. Ainy yang pernah tinggal di Johor Bahru hampir lebih 7 tahun pun belum sempat nak cover semua tempat-tempat menarik di sana. Terlampau banyak dan memang sangat sesuai untuk dijadikan lokasi percutian bersama keluarga dan kawan-kawan.

Oleh itu, ha nak bagitahu sekali yang Causeway Link ada melancarkan Travel Bus Pass untuk sesiapa yang nak pusing-pusing Johor Bahru tapi malas nak drive sendiri ke satu tempat ke satu tempat.

Ini bentuk Travel Bus Pass yang korang akan terima nanti kalau beli dengan Causeway Link.

Okay Travel Bus Pass ni sebenarnya adalah pas untuk korang guna semasa turun naik bas dari Causeway Link untuk ke tempat-tempat menarik di Johor Bahru. Tak perlu bayar tambang berkali-kali. Korang cuma bayar mengikut pakej dua hari atau tiga hari yang korang mahukan, lepastu dapat unlimited access untuk naik turun bas dari Causeway Link.

Terdapat 16 laluan bas disediakan dengan 31 tempat-tempat menarik di Johor Bahru dan Singapura. Bukan sahaja di Malaysia, malah di Singapura juga ada tau. Ini adalah salah satu inisiatif Causeway Link untuk memudahkan perjalanan korang dari kedua-dua negara jiran ini.

Selain itu, korang juga berpeluang mendapat tawaran diskaun yang menarik dari beberapa taman tema, pusat membeli belah dan lain-lain tempat. Ha menarik tak?

Ini pula contoh bas dari Causeway Link yang korang akan guna bila beli Travel Bus Pass tu. Jangan tersalah naik bas lain pula tau.

Ainy kongsikan beberapa tempat menarik di Johor Bahru yang korang dapat pergi dengan menggunakan Travel Bus Pass dari Causeway Link, antaranya;

1) Legoland Malaysia
2) Sanrio Hello Kitty & Thomas Town
3) Angry Bird Activity Park
4) Johor Premium Outlet (JPO)
5) Lapangan Terbang Senai
dan banyakkkkk lagi.

Dah lah mudah nak ke sana sini, lepastu bayaran untuk Travel Bus Pass pun sangatlah berpatutan. Sekarang Causeway Link tengah mengadakan harga pengenalan, korang boleh beli dengan harga diskaun yang super jimat dari harga normal.

RM46 untuk 2 hari penggunaan Travel Bus Pass (harga normal: RM55)
RM66 untuk 3 hari penggunaan Travel Bus Pass (harga normal: RM80)

Actually korang beli beli Travel Bus Pass ni kiosk yang terdapat di beberapa tempat menarik di Johor Bahru, antaranya di Legoland Malaysia, JB Sentral dan banyak lagi. Juga korang boleh dapatkan Travel Bus Pass ni secara online di www.causewaylink.com.my. Ha mudah saja kan? Hanya di hujung jari saja, anda dah boleh dapatkan Travel Bus Pass ni. Sangatlah mudah!

Ini salah satu kiosk yang terdapat di Mall of Medini, Legoland Malaysia. Comel kan?

Selain dari tu, ada berita baik untuk sesiapa yang berada di Kuala Lumpur atau Selangor. Causeway Link ada membuka laluan baru dari Kuala Lumpur terus ke Legoland Malaysia atau Sanrio Hello Kitty & Thomas Town. Dah tak payah lagi korang nak drive jauh-jauh dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Korang beli saja tambang tiket ni dan boleh pergi bercuti ke Johor Bahru bila-bila masa yang korang ada masa free.

Meeting point yang pertama dilancarkan adalah di Swiss Garden Hotel, Kuala Lumpur. Setiap pagi, seawal jam 7 pagi bas ini akan bertolak terus ke Johor Bahru dan korang boleh pulang semula menggunakan perkhidmatan bas yang sama keesokannya atau dua hari selepas itu. Menarik kan? Jimat tenaga korang dari drive jejauh. Simpan tenaga tu untuk korang gunakan semasa pusing-pusing Johor Bahru nanti.

Harga tambang pun sangat berpatutan dan berbaloi-baloi, antaranya;

RM114 (pergi dan balik) + RM15 tambahan bayaran untuk Travel Bus Pass untuk 2 hari penggunaan
RM114 (pergi dan balik) + RM20 tambahan bayaran untuk Travel Bus Pass untuk 3 hari penggunaan
atau boleh juga dibeli secara haluan bersaingan dengan RM57 / sehala

Maklumat lanjut berkenaan masa dan jadual bas ni, korang boleh rujuk; http://causewaylink.com.my/express-bus.

Ha menarik tak? Dah pergi rancang cuti korang cepat. Boleh bawa keluarga pergi Legoland, Hello Kitty dan banyak lagi lah kat Johor Bahru. Memang tak rugi lah kalau korang pergi sana dan dapat pula perkhidmatan yang sangat mudah seperti ini; Travel Bus Pass. Kalau korang nak dapatkan info lanjut lagi berkenaan Travel Bus Pass dari Causeway Link, korang boleh rujuk maklumat Ainy share kat bawah okay.

Hotline: 07-360 2244
Instagram: @causewaylink
Facebook: https://www.facebook.com/causewaylink
Website: http://www.causewaylink.com.my

ERYA by Suria: Penjenamaan dan Perlantikan Saharul Ridzwan sebagai Duta Korporat


Assalamualaikum semua.

Baru-baru ni Ainy terima jemputan ke Majlis Penjenamaan Suria, Sidang Media dan Perlantikan Duta di Suria Resort, Bentong Pahang. Program yang selama 2 hari 1 malam ni memang sangat menarik sebab terdapat banyak aktiviti yang Ainy, rakan blogger dan media yang lain buat, antaranya; treasure hunt, sesi memasak bersama duta baru dan banyak lagi.


Ainy sendiri dah lama bersama dengan Hotel Suria sebenarnya sebab Ainy bekerja dalam bidang pelancongan jadi salah satu Hotel Suria di Johor Bahru tu dah macam jadi rumah kedua Ainy. Setiap customer Ainy yang nak ke Singapura dan ke Johor Bahru sendiri, Ainy akan letakkan di Hotel Suria Johor Bahru. Harga berpatutan sangat.

Sekarang ni bila Hotel Suria nak buat penjenamaan semula nama hotel mereka, Ainy tertarik juga nak tahu. Ha sekarang ni dah tak boleh panggil Hotel Suria lagi dah, nama barunya; ERYA by Suria. Jadi semua cawangan hotel di Malaysia dan satu di luar negara iaitu London juga bertukar nama. Sedap juga namanya, macam sesuatu sangat bila sejuk ERYA.



ERYA by Suria ni adalah simbolik kepada satu perubahan atau metamorphosis dengan rotma RIA merupakan penjenamaan transformasi dari tanda aras yang selasa je satu tanda aras yang menawarkan hospitaliti perhotelan yang lebih kompetetif.

Melalui perubahan fasa pertama ERYA by Suria ni, mereka mengambil berat direktif-direktif seperti;

1) Penjenamaan
2) Pembaharuan Korporat Logo artistik visual
3) Pemantapan dari segi perincian enam segmentasi pemasaran
4) Pemantapan latihan perindustrian dari segi teknikal dan vokasional melalui Suria Program
5) Perlantikan duta

Inisiatif perubahan ERYA by SURIA ni sebagai langkah untuk dapat menjadi Ikon Perhotelan Bumiputera. Selain itu, ERYA by Suria juga dari mula merupakan salah sebuah hotel berlandaskan patuh syariah. Sejajar dengan globalisasi "Ke arah Planet 21" dengan menggabungkan ciri-ciri Hotel Hijau atau "Green Hotel". Eco Muslim Hotel terma baru yang digabungkan melalui kedua gabungan di atas adalah direktif baru yang akan diterapkan dalam fasa pertama ini.

Pendekatan 'Eco-Sustainable hotel towards Planet 21' merupakan batu asas tatacara jenama hotel-hotel besar di serata dunia contohnya HILTON GROUP, ACCOR GROUP dan lain-lain lagi. 'Eco-Sustainable Hotel' akan ditetapkan secara berperingkat dengan mengambil kira pengurusan air, elektrik, kitar semula dan sebagainya. Melalui pendekatan Eco-Muslim Hotel, ianya dapat meningkatkan satu tanda aras strategi pemasaran, pengurusan dan juga dapat mengurangkan kos penyelenggaraan.

Direktif enam segmentasi pula akan mengambil langkah pemfokusan secara kolektif dan perincian kelebihan di setiap lokasi iaitu Merang, Cherang, Janda Baik, Bentong, Johor Bahru dan London. Enam segementasi yang ditawarkan adalah ERYA LUXY, ERY EXEC, ERYA FAMY, ERYA ENVI, ERYA SYLO dan ERYA CAMP. Sebagai contoh ERYA by Suria Johor Bahru dari segi kelebihan lokasinya terletak di tengah bandaraya Johor Bahru dan berhampiran dengan Kota Iskandar dan Singapura yang rata-ratanya tumpuan 'business traveler'. Oleh itu, dengan memfokuskan servis lengkap untuk seorang eksekutif di samping 'Value Added' perkhidmatan yang ditawarkan lengkap 'OFFICE on GO' infrastruktur seolah-olah berada di dalam bilik eksekutif. Melalui segmentasi ini, 'target market' akan lebih fokus dan dwifungsi segmentasi akan dapat meningkatkan jualan.

Direktif pembangunan ilmiah pula akan menitikberatkan program-program baru masa singkat yang lebih komprehensif dan kursus-kursus perhotelan yang lebih terperinci. Penambahan biasiswa dan siri anugerah kecemerlangan akan diberikan supaya dapat melahirkan pemangkin dan pelapis pengurusan hotel yang lebih efektif dan professional. Oleh itu ERYA by Suria menawarkan satu program yang diberi nama ERYA GRAD yang merupakan satu program aperantis khusus.

Selain itu, ERYA by Suria juga percaya dengan pendekatan sosial media dan penglibatan selebriti melalui beberapa program juga akan melengkapkan anjakan paradigma fasa pertama penjenamaan ini. Justeru, ERYA by Suria telah memilih selebriti yang mempunyai rating popular yang tinggi iaitu Saharul Ridzwan.


Transformasi ERYA by Suria perlu dilentur dan digilap melalui beberapa fasa perubahan yang dijangkakan tempoh matang sehingga 2025. Perubahan yang praktis, inovatif dan prespektif memberi nafas baru bagi ERYA by Suria agar lebih maju kehadapan. InsyaAllah.

Ainy doakan moga segala perancangan dari pihak ERYA by Suria berjalan dengan baik dan dipermudahkan. Amin. Terima kasih kerana menjemput Ainy.


Maklumat lanjut berkenaan ERYA by Suria, rujuk di bawah okay:

Hotline: 03-7806 4752
Instagram: @eryabysuria
Facebook: /eryabysuria
Website: www.suriaresorts.com