Followers:

Feb 28, 2017

Majlis Menandatangani Perjanjian antara HWL Jewellery dan Swarovski Gemstone


Pada 25 Januari lepas, Ainy dijemput menghadiri Majlis Menandantangi Perjanjian Kerjasama antara HWL Jewelleray dan Swarovski Gemstone di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Majlis yang meriah dan pastinya didatangi oleh ramai media kerana nama HWL Jewellery da Swarovski itu sendiri bukan suatu nama yang biasa malah sudah terkenal di merata tempat dengan hasilan permata yang berkualiti dan cantik.

Ainy sendiri kagum dengan pencapaian HWL Jewellery dari semenjak pertubuhannya pada 1985 sehinggalah sekarang. Jom baca sejarah dan pencapaian HWL Jewellery.

Sejarah dan Pencapaian HWL Jewellery

1) Ditubuhi pada tahun 1985, nama syarikat Hup Weng Lee Jewellery Trading Company, dengan menggunakan jenama yang bernama CAP88.
2) Pada tahun 1997, didaftar sebagai syarikat persendirian (Sdn Bhd), sekarang dikenali sebagai Hup Weng Lee Jewellery Trading Sdn Bhd. Jenama CAP88 dikekalkan.
3) Pada tahun 2009, syarikat menukar nama sebagai HWL Jewellery Trading Sdn Bhd. Jenama juga ditukar kepada C88. Jenama yang lama, CAP88 ditamatkan.
4) Pada tahun 2009 juga, HWL pindah ke Menara Perdana, sebuah bangunan industrial di Georgetown, Penang, dengan sebuah kilang memprosses barangan kemas yang amat lengkap.
5) Tahun 2017 merupakan satu langkah yang amat bersejarah bagi HWL kerana mereka akan memasuki satu kerjasama dengan Swarovski Gemstones, sebuah syarikat antarabangsa yang amat terkenal di seluruh dunia, yang menghasilkan batu-batu permata yang berkualiti paling tinggi.

Aktiviti Utama HWL Jewellery:

1) Membeli bahan-bahan mentah, mereka bentuk, membuat and mengedar barang-barang kemas, kedua-dua emas and perak.
2) C88 (brand asal) mempunyai sebanyak 600 pelanggan (kedai emas) di seluruh Malaysia.
3) C88 Premier (brand baru yang akan kerjasama dengan Swarovski), akan melantik 60 kedai yang paling cemerlang di seluruh Malaysia untuk menjadi pengedar mereka yang sah.

Manfaat dari Kerjasama HWL Jewellery dan Swarovski Gemtsone:

1) Mendapat satu recipe untuk kesempurnaan. Kesempurnaan ini dapat diperolehi dengan menggabungkan teknik pembuatan barang kemas dari C88 Premier, dengan batu permata kualiti tertinggi dari Swarovski, dan harga jualan yang munasabah. Contohnya sebentuk cincin emas 22k (91.6%) dapat diperolehi dengan harga serendah RM699 selepas diskaun.
2) Kemungkinan yang tidak berkesudahan dapat diperolehi dengan bantuan Swarovski Gemstone kerana pilihan batu permata yang beraneka, tidak kira dari segi saiz, bentuk atau pilihan warna. Produk-produk yang lagi istimewa dan inovatif dapat direka dan diperkenalkan kepada pengguna-pengguna.

Pada pendapat Ainy secara peribadi, kerjasama ini sangat bermanfaat dalam usaha menghasilkan kualiti produk yang lebih baik. Buat para wanita seperti Ainy yang sukakan barangb-barang permata seperti ini adalah perkara yang sangat dinanti-nanti. Jom lihat gambar-gambar sekitar majlis tersebut. Meriah! Dan Ainy boleh tengok live batu-batu permata keluaran mereka. Murah pula tu.








Terima kasih kepada HWL Jewellery kerana menjemput Ainy. Info lanjut berkenaan produk mereka, rujuk link di bawah:

HWL Jewellery Sdn Bhd
Laman Web: http://c88.my/ 
Facebook: facebook.com/C88premier


No comments:

Post a Comment