Followers:

Apr 19, 2016

Fresh dan wangi dengan De'Xandra

Assalamualaikum.

Lama betul Ainy tak bersiaran di sini. He2. Mana dengan sibuk kerja, sibuk urus rumah dan diri lagi sampai tak sempat nak update. Btw kali ni Ainy nak kongsi 1 perfume yang dah jadi perfume favourite Ainy dah sekarang. Hah yang mana kenal Ainy rapat, dia memang tahu Ainy jenis tak pakai perfume pun dan memang tak ada pun teringin nak jejakkan kaki ke kedai perfume. Tapi semenjak di perkenalkan dengan De'Xandra ni, rasa best pula. Rasa fresh dan wangi je sepanjang hari. Bukan sepanjang hari je, sekali sembur baunya boleh bertahan sampai 8 jam dan lebih. Jimat. Haha. Itu yang penting kan dengan keadaan ekonomi yang sekarang.


Memandangkan Ainy memang jarang keluar rumah dan tak suka pakai perfume di luar rumah, jadi Ainy suka jadikan De'Xandra ni perfume untuk bilik terutamanya sembur kat cadar katil dan bantal. Memang nyaman je tidur malam tu. He2. Serius wangi! Saudara mara dan kakak-kakak yang datang rumah pun tegur, bilik Ainy wangi sangat. Diorang tanyalah juga pakai penyembur bilik apa, ha jawapannya bukan penyembur bilik tu tapi perfume De'Xandra.

Selain tu, Ainy memang jadikan perfume ni sebagai perfume harian even memang jarang keluar rumah. Tak ada masalah pun kan kalau pakai di rumah, berwangi-wangian itu kan sunnah. Jadi di mana-mana pun boleh berwangi-wangian. Hah bila pakai perfume, rasa fresh dan wangi sepanjang hari. Nak buat kerja rumah - memasak, kemas rumah, mendobi dan lain-lain 'kerja' rumah pun selesa. Sebab sentiasa rasa fresh dan wangi.

Actually De'Xandra ni bukan saja untuk wanita tau. Lelaki pun boleh pakai sebab ada wangian khusus untuk lelaki. Nah aini kongsikan jenis-jenis perfume keluaran De'Xandra untuk rujukan semua. Semuanya pun wangi-wangi tapi tengoklah jenis wangian yang mana yang awak semua suka. Lain orang, lain citarasa.


Dah alang-alang Ainy cerita pasal De'Xandra, Ainy nak kongsikan sikit kelebihan De'Xandra untuk pengetahuan semua. Mungkin ada yang tengah mencari-cari perfume yang best dan murah (semestinya) kan. Boleh lah cuba De'Xandra. Memang berbaloi-baloi!

Keistimewaan perfume De'Xandra:

1) 35ml, DEP perfume (tahan lama)
2) Mudah di bawah TRAVEL
3) Produk bumiputra
4) Tahan lebih lama, lebih 8 jam
5) Setanding produk antarabangsa
6) Kesemua senarai perfumes adalah yang paling di cari penggemar perfume
7) Menepati citarasa dan permintaan rakyat MALAYSIA

Ok dah banyak dah info pasal De'Xandra yang Ainy kongsi kat sini. Nanti Ainy kongsikan pula gambar jenis perfume yang dah jadi favourite Ainy untuk semua hari Sabtu ni ya. Eh kenapa lambat sangat? Sebab esok sampai Jumaat, Ainy ada business trip ke Tioman selama 3 hari. Bolehlah shoot gambar perfume dengan pemandangan yang cantik kat sana. He2. Doakan Ainy selamat pergi dan balik dari business trip ya. Amin.

Ok jap, untuk info lanjut lagi boleh rujuk media sosial De'Xandra ok.

Fanpage: www.facebook.com/chettakiomey
Instagram: www.instagram/chettakiomey
Website: www.chettakiomey.com
Phone: 013-264 4310 (Lia)

Thanks for reading!