Followers:

Sep 6, 2015

Tanggalkan whitehead dan blackhead dengan Masker Vietnam


Bila bercakap tentang whitehead dan blackhead, ramai yang mula mengeluh kerana kurang selesa dengan adanya masalah yang satu ini pada wajah mereka. Baik lelaki mahupun perempuan, pasti mempunyai masalah ini apabila wajah terlalu kerap terdedah pada udara luar.

Di sini saya terangkan sedikit apa itu whitehead dan blackhead. Whitehead adalah bintik-bintik kecil berwarna putih yang terjadi dari pembentukan sebum atau minyak di pori-pori kulit. Manakala blackhead pula adalah bintik-bintik kecil berwarna hitam yang terjadi akibat kumpulan whitehead yang tidak dibersihkan.

Sep 5, 2015

3 kaedah menyimpan duit tanpa tekanan


Salah satu kriteria mereka yang kaya harta adalah tabiat menyimpan yang konsisten. Maka kita perlu aturkan strategi untuk membina tabiat menyimpan yang konsisten ini.

Menyimpan duit sebenarnya mudah. Tetapi tidak ramai yang mampu mendisiplinkan diri memandangkan nafsu membelanjakan duit itu lebih tinggi daripada nafsu untuk menyimpan. Di sini saya kongsikan tiga (3) kaedah menyimpan duit yang mudah dan tanpa tekanan untuk anda. Moga bermanfaat.

Sep 3, 2015

Terlewat nikah

Gambar sekadar hiasan dan hasil carian Google
Aku telah menamatkan zaman kuliahku dan kini aku bergelar seorang wanita yang berkerjaya.
Lamaran pinangan terhadap diriku untuk menikah juga datang tidak putus-putus, tetapi aku merasakan tiada seorang pun yang dapat menarik minatku.
Kemudian kesibukan kerja dan cita-citaku membuatkan aku leka dan hanyut dalam duniaku sendiri sehinggalah aku berusia 34 tahun.
Ketika itulah baru aku sedar bahawa betapa susahnya lewat bernikah.

Jaga aurat diri dan orang lain


Hari ini saya mahu kongsikan pengalaman saya sendiri ketika menumpang solat di surau Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada suatu ketika dahulu. Ketika itu saya menunggu penerbangan saya ke Johor Bahru, Johor. Memandangkan masih mempunyai banyak masa dan kebetulan saya pula belum menunaikan solat Asar. Jadi saya bercadang untuk menumpang solat di surau lapangan terbang itu terlebih dahulu.

Sep 2, 2015

Semua orang melakukan kesilapan

 

Setiap hari kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Kalau bukan kita yang melakukan kesilapan, mungkin orang lain yang melakukan kesilapan terhadap kita, atau mungkin juga orang lain yang melakukan kesilapan terhadap orang-orang terdekat kita. Pendek kata, semua orang tidak lari dari melakukan kesilapan. Ini menunjukkan bahawa manusia yang dilahirkan tidak sempurna, terkadang lalai dan alpa dalam perlakuan.

Walaupun hakikatnya kita tahu tiada manusia yang sempurna, kita masih tidak dapat menerima kesilapan yang dilakukan oleh orang lain. Apabila orang lain melakukan kesilapan terhadap kita atau orang terdekat kita, kita cepat memberikan persepsi buruk terhadap orang tersebut. Seolah-olah kita dan keluarga kita tidak pernah melakukan kesilapan ketika terlalai. Sedangkan jika kita melakukan kesilapan, bukankah kita juga mengharapkan kemaafan di atas kesilapan kita?

Mukmin: Jadilah seperti burung


Dua sifat penting yang harus ada pada seorang hamba yang bernama mukmin ialah 'khauf' (perasaan takut) dan 'raja'' (pengharapan).

Sepertimana seekor burung yang terbang tinggi memerlukan dua sayapnya untuk merentasi langit biru, begitulah juga halnya dengan kita. Memerlukan kedua-dua sifat tadi untuk menghadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan cabaran dan ujian.

Adakalanya, mungkin kita terlupa. Kita terlalu bangga dengan apa yang kita telah capai dan perolehi. Sangkaan kita, dek kerana usaha yang sehabis baik itulah kita akan memperolehi apa yang dihajati. Kita sebenarnya terlalu 'mengagung-agungkan' usaha kita tadi. Lantas apabila natijah yang diharapkan tidak seindah yang diimpikan, kita mula lemah, longlai, hampa dan seterusnya berasa putus asa.