Followers:

Apr 3, 2015

GST: Ujian keimanan


Telah masuk tiga (3) hari, GST menjadi sebahagian daripada hidup kita. Ada yang menganggap GST adalah jalan inisiatif untuk pembangunan ekonomi Malaysia. Ada juga yang menganggap GST adalah beban buat rakyat jelata. Sehingga ada yang memaki, menghina, memarahi pihak-pihak tertentu tanpa sedar bahawa mereka sedang mengumpul dosa percuma.

Mereka terlampau takut untuk hidup dengan GST.

Mereka risau perut mereka tidak terisi dengan adanya GST.

Mereka risau keluarga mereka hidup susah kerana GST.

Malangnya mereka lupa, yang memberi rezeki itu bukan GST tetapi Allah.

Hakikatnya mereka sendiri tahu kalau mereka memaki, menghina, memarahi sekalipun, adakah GST akan dimansuhkan? Adakah suara mereka di dengar oleh pihak-pihak terbabit? Jadi janganlah membuang masa dengan menunjukkan keimanan yang tipis dengan berbuat demikian. Pandanglah GST sebagai ujian keimanan buat kita. Jadikan GST dan kerajaan Malaysia sebagai asbab untuk Allah turunkan ujian kepada kita.

Mungkin post saya ini kelihatan seperti pro kerajaan tapi sebenarnya saya tidak pernah menyebelahi mereka kerana melancarkan GST. Saya juga bukan merelakan diri ditindas membuta tuli. Tetapi saya memberi pandangan atas dasar diri yang hidup berTuhan. Serta meletakkan harapan kepada Dia yang punya kuasa dalam mengubah sesuatu keadaan.

Sekiranya benar kita ditindas, tiada apa yang mampu kita lakukan melainkan berdoa. Iya berdoa mampu merubah hati yang keras menjadi lembut dan mereka yang jahat menjadi baik. Sekiranya doa kita tidak dimakbulkan di dunia - jangan mengeluh. Kerana Allah pasti tahu yang terbaik buat kita. Perlu kita ingat, faham dan sematkan dalam hati bahawa mereka yang zalim akan dihukum Allah setimpal dengan kezaliman yang dia lakukan. Sungguhnya Allah itu maha mengetahui dan bijaksana dalam setiap perancangan.

Jadi saya mohon kepada semua saudara seIslam (khususnya) dan berlainan agama (amnya) untuk menghentikan posting memaki, menghina, menyumpah dan lain-lain perbuatan yang sia-sia. Kita tidak mampu berbuat apa-apa kerana kita hanya rakyat biasa. Tetapi sebagai manusia, kita punya Tuhan untuk meminta. Minta juga agar kita diberi ketenangan dalam melalui kehidupan yang penuh warna dan sementara.

No comments:

Post a Comment